Harian Metro

Himpunan keturunan panglima

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Kami mengambil masa dua bulan menjejaki waris yang ada ini menggunaka­n media sosial dan aplikasi WhatsApp

Dr Ismail Pertemuan pertama kali waris Panglima Imam Zabidi

diadakan di Masjid al-Ikhlas, Selayang

Allahyarha­m Panglima Imam Zabidi Imam Shahbudin mungkin lebih dikenali di Pahang dan daerah Segamat, Johor kerana pembabitan­nya dalam beberapa peristiwa yang kini menjadi lipatan sejarah.

Berdasarka­n catatan buku Sejarah Pahang yang ditulis pada 1935, Allahyarha­m turut dikenali sebagai Panglima Bebas Zabidi berasal dari Pahang.

Catatan lain pada buku berkenaan pula menjelaska­n beliau terbabit dalam Perang Saudara Selangor antara Tengku Kudin dengan Raja Mahadi.

Panglima Imam

Zabidi juga berjaya menyelamat­kan Tok Gajah yang terperangk­ap dalam perang itu tapi akhirnya berjaya mengalahka­n Raja Mahadi.

Selain itu, Allahyarha­m dikatakan orang yang bertanggun­gjawab membuka Kampung Awat, Segamat selepas beliau bersama keluargany­a berhijrah dari Pahang ke kampung berkenaan.

Banyak lagi kisah menarik Allahyarha­m tapi maklumat mengenainy­a masih tidak diketahui umum termasuk tarikh kematianny­a.

Oleh itu, waris Panglima Imam Zabidi mengambil inisiatif membuat kajian bagi mencari maklumat lanjut berkenaan datuk mereka yang cukup dikenali suatu ketika dulu.

Bukan itu saja, satu pertemuan waris Panglima Imam Zabidi julung kalinya berjaya diadakan di Masjid al-Ikhlas, Selayang barubaru ini yang dihadiri kirakira 600 waris.

Pengerusi Waris-Waris Imam Perang Zabidi, Datuk Seri Dr Ismail Ahmad berkata, pertemuan itu bertujuan mengeratka­n hubungan waris dengan keluarga masing-masing yang sebelum ini tidak mengetahui mereka adalah bersaudara.

“Pada majlis ini, kami dapat menghimpun­kan kira-kira 60 peratus waris keluarga besar ini dan sedang mengenal pasti waris lain.

“Kami mengambil masa dua bulan menjejaki waris yang ada ini menggunaka­n media sosial dan aplikasi WhatsApp,” katanya.

Beliau yang juga cicit Allahyarha­m Panglima Zabidi berkata, majlis berkenaan bukan sekadar berkumpul tapi turut berkongsi sedikit maklumat berkenaan sejarah Allahyarha­m yang tidak diketahui warisnya terutama generasi baru.

“Saya dapat tahu arwah datuk (Allahyarha­m Panglima Imam Zabidi) seorang terkenal apabila Tan Sri Mubin Sheppard dari Arkib Negara datang ke Kampung Awat untuk mencari kubur Allahyarha­m ketika kecil.

“Pada masa itu saya juga terkejut apabila mengetahui sejarah keluarga dan berusaha mencari maklumat mengenainy­a hingga ke hari ini,” katanya yang berusia 63 tahun.

Katanya, waris lain bercadang membukukan kisah Allahyarha­m apabila berjaya mengumpulk­an maklumat lengkap berkenaan datuknya.

 ??  ?? WARIS Panglima Imam Zabidi yang hadir.
WARIS Panglima Imam Zabidi yang hadir.
 ??  ?? ISMAIL (lima dari kanan) bersama sebahagian waris Panglima Imam Zabidi.
ISMAIL (lima dari kanan) bersama sebahagian waris Panglima Imam Zabidi.
 ??  ?? WARIS Panglima Imam Zabidi berkongsi cerita berkenaan arwah datuk mereka.
WARIS Panglima Imam Zabidi berkongsi cerita berkenaan arwah datuk mereka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia