Harian Metro

Bersyukur keluarga tak dipinggir

- Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi am@hmetro.com.my

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ungkapan itu sesuai bagi menggambar­kan kepayahan hidup yang terpaksa dilalui keluarga ini.

Dugaan bermula apabila anaknya,

Rabiatul Adawiyah

Bakri berusia empat tahun terlantar lumpuh kerana menghidap palsi serebrum akibat demam panas dan sawan sejak beberapa tahun lalu.

Kini Shamsiah

Udin, 36, pula diuji apabila keduadua kakinya lumpuh selepas pembedahan disebabkan ketumbuhan saraf tunjang dikenali ‘Schwannoma’ pada Ogos 2016 lalu.

Berkongsi kisah sedih hidupnya Shamsiah berkata, dia dikesan menghidap penyakit itu apabila membuat pemeriksaa­n imbasan Pengimejan Magnetik Resonans (MRI) di sebuah hospital swasta.

“Saya sering mengalami kekejangan dan kebas dari paras pinggang hingga hujung kaki yang berlaku setiap dua jam.

“Keadaan itu mendorong suami Bakri Palili, 39, membawa saya ke hospital bagi pemeriksaa­n lanjut dan cukup terkejut apabila disahkan menghidap penyakit itu,” katanya.

Katanya, meskipun peringkat awal agak sedih dengan keadaan dirinya yang bukan seperti dulu selain tidak boleh menguruska­n Rabiatul Adawiyah, dia terpaksa akur dengan ketentuan Ilahi.

Selain itu, Shamsiah berkata, di sebalik ujian yang dihidapiny­a dia bersyukur kerana keluargany­a tidak terpinggir dan menerima bantuan daripada kerajaan.

“Saya menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan. Sementara anak pula penerima sumbangan JKM RM300 sebulan dan Pusat Zakat Selangor (PSZ) RM508 setiap bulan.

“Bantuan ini sangat bermakna buat keluarga saya kerana dapat menampung perbelanja­an dan meringanka­n beban suami yang pendapatan­nya tidak menentu sebagai pemandu lori,”kata ibu kepada tiga anak.

Kini, Shamsiah mendapatka­n rawatan susulan setiap minggu bagi pemulihan fisioterap­i di Hospital Rehabilita­si Cheras, Kuala Lumpur.

Barubaru ini, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Bukit Damansara menziarahi keluarga itu di kediaman mereka di Taman Seri Raya, Batu 9, Cheras.

Pengerusi PERKIM cawangan Bukit Damansara Datuk Abdul Hanif Harun mengetuai rombongan itu yang turut disertai Pegawai Dakwah PERKIM Bahagian Wilayah Persekutua­n Mohd Jogi Maruli Panjaitan Maruli dan Setiausaha PERKIM cawangan Bukit Damansara Muhammad Farhan Tee Abdullah.

Abdul Hanif dan Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Wilayah Persekutua­n,

Mat Adam Daud menyampaik­an sumbangan RM1,000 bagi keperluan dan rawatan susulan pemulihan kesihatan Shamsiah serta anaknya.

Selepas itu, rombongan meneruskan ziarah mereka ke Taman Selasih Fasa 2, Batu Caves, Gombak bagi menziarahi seorang mualaf, Siti Nuraini Abdullah, 54, yang menghidap penyakit sawan.

Nuraini adalah suri rumah kematian suami tahun lalu tidak mempunyai cahaya mata dan menjaga ibunya yang menghidap penyakit pada paruparu serta bergantung bekalan oksigen setiap masa.

Abdul Hanif menyerahka­n sumbangan RM500 kepada Nuraini bagi meringanka­n bebannya.

 ??  ?? NAIB Pengerusi PERKIM Bukit Damansara Puteh Kalsom Shamsuddin menyampaik­an sumbangan RM1,000 kepada Shamsiah .
NAIB Pengerusi PERKIM Bukit Damansara Puteh Kalsom Shamsuddin menyampaik­an sumbangan RM1,000 kepada Shamsiah .
 ??  ?? ROMBONGAN ziarah melawat
Shamsiah dan Rabiatul
(atas katil).
ROMBONGAN ziarah melawat Shamsiah dan Rabiatul (atas katil).
 ??  ?? NURAINI menerima sumbangan
RM500 daripada Abdul Hanif
(kanan).
NURAINI menerima sumbangan RM500 daripada Abdul Hanif (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia