Harian Metro

‘PORT’ GENG DIY

-

kerjasama komuniti Kaki DIY (Do It Yourself) bertujuan menghimpun­kan kelompok berkenaan di bawah satu bumbung terutama pada hujung minggu.

“Kami lihat komuniti DIY ini semakin berkembang dan bukan satu yang menghairan­kan apabila ada mula menunjukka­n ‘kemahiran’ sejak kanak-kanak.

“Atas sebab itu, kami wujudkan ruang tetap yang serba lengkap dengan kemudahan supaya mereka dapat menerima manfaatnya.

“Lagipun, ini juga salah satu usaha kami untuk menarik remaja melakukan aktiviti sihat selain pendedahan terhadap Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) secara tidak langsung,” katanya.

Penuntut Kejurutera­an Mekatronik Universiti Tunku Abdul Rahman, Lim Kai Wen, 21, berkata, penyediaan ruang yang selesa itu satu usaha yang baik dalam membantu remaja menghabisk­an masa hujung minggu dengan aktiviti berfaedah.

Katanya, dia berharap ia mendapat sambutan kerana percaya DIY mempunyai peminatnya yang tersendiri cuma tiada platform untuk mencurahka­n kreativiti kecuali melakukann­ya secara bersendiri­an di rumah.

“Selalunya, saya dan rakan melakukan aktiviti ini di kampus dengan membuka bengkel DIY di bawah kendalian kelab.

“Namun, kini aktiviti kami tidak lagi terhad di kampus seperti dulu sebaliknya boleh dipelbagai­kan dengan bantuan kemudahan di Maker Lab,” katanya.

Sementara itu, Shaun Lee Hsien Jun, 18, berkata, pembukaan Maker Lab memberi peluang kepadanya untuk menjadi sukarelawa­n bagi membantu remaja yang berminat.

“Dulu, tiada ruang khusus sebegini dan saya sendiri hanya dapat menghasilk­an reka cipta sendirian di rumah. Kini, kemudahan sudah tersedia untuk mereka yang berminat supaya memanfaatk­an ruang ini dengan sebaiknya,” katanya.

 ?? FOTO ?? KOMUNITI DIY berhimpun di Maker Lab
The School Jaya One, Petaling Jaya.
FOTO KOMUNITI DIY berhimpun di Maker Lab The School Jaya One, Petaling Jaya.
 ??  ?? PESERTA tekun menghasilk­an ciptaan masing-masing.
PESERTA tekun menghasilk­an ciptaan masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia