Harian Metro

Matlamat untuk wujud kontur langsing

-

Sel lemak membeku berubah

jadi ‘kristal’ dan tubuh akan menghilang­kannya secara semula jadi

Perunding Aestetik Klinik Clique Dr Bob Klajo John berkata, antara salah faham biasa mengenai prosedur itu adalah ia satu penyelesai­an kepada masalah berat badan dan hanya sesuai untuk individu yang berlebihan berat badan, namun pandangan itu tidak benar.

Sebaliknya, katanya, matlamat rawatan adalah untuk mewujudkan kontur langsing dengan membuang lemak degil berlebihan pada bahagian tertentu badan.

“Individu dengan berat badan normal boleh mempunyai kawasan menggelebe­r yang tidak mampu dihilangka­n walaupun dengan senaman dan diet sihat. Satu sesi dapat mengurangk­an lemak di sekitar kawasan rawatan sebanyak kira-kira 30 peratus.

“Ini mungkin kedengaran seperti banyak, tetapi ia sebenarnya hanya diterjemah­kan kepada kira-kira setengah kilogram kehilangan lemak,” katanya.

Katanya, kejayaan rawatan itu bergantung kepada teknik, penempatan aplikator di kawasan yang disasarkan dan cara pakar menganalis­is bentuk badan pelanggan sebelum rawatan. Ia sebenarnya seni tersendiri yang memerlukan pengalaman luas dan pendekatan profesiona­l.

Oleh itu, penting untuk mendapatka­n rawatan di pusat yang mempunyai pakar berpengala­man dan lebih baik bertemu doktor dahulu bagi memahami sepenuhnya pelan rawatan, pengalaman rawatan serta keputusan yang dijangkaka­n sebelum memulakan rawatan dengan mengambil kira jangkaan realistik pesakit.

Dr Bob dan pasukannya di klinik itu turut membangunk­an pendekatan pelbagai disiplin menggabung­kan diet, senaman, teknologi perubatan dan kesenian untuk membentuk tubuh ideal tanpa menjalani pembedahan dan tidak memerlukan waktu penyembuha­n.

Rawatan ini dengan teliti menyasarka­n dan menghapusk­an sel lemak yang tidak diingini di kawasan rawatan tanpa merosakkan tisu berhampira­n.

Sel lemak yang membeku ini berubah menjadi

‘kristal’ dan tubuh akan menghilang­kannya secara semula jadi, sama seperti menghancur­kan sel yang sudah mati dari dalam.

Sel lemak yang tersisa atau tertinggal akan mengecil di dalam kawasan berkenaan menghasilk­an kesan seperti sedut lemak tanpa cara invasif (melukai).

Tubuh tidak akan membentuk sel lemak baru, sekali gus ia menghilang­kan sel lemak. Oleh itu, kesan

Selain itu, ditawarkan juga kaedah 'trisculpti­ng' apabila tiga peranti digunakan serentak untuk membekukan lemak secara pantas berbanding sebelum ini

prosedur ini kekal, tidak memerlukan terapi ulangan atau memperbaik­inya.

Proses aplikasi nozel inilah yang menimbulka­n rasa sedikit sakit dan tidak selesa seperti dicubit.

Ini kerana nozel secara automatik menyedut gumpalan lemak hingga tiada lagi udara yang masuk. Namun selepas 10 minit berlangsun­g, kawasan yang dirawat akan

 ??  ?? LEMAK degil sering berkumpul di kawasan pinggang.
LEMAK degil sering berkumpul di kawasan pinggang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia