Harian Metro

Suntik keyakinan sebagai teman penjagaan rambut

-

Sunsilk meneruskan komitmenny­a untuk memperkasa wanita muda hari ini dengan melancarka­n replika botol syampu terbesar yang pernah dibuat di negara ini.

Inisiatif ini membuktika­n hasrat jenama itu untuk memberi inspirasi kepada wanita muda berhijab supaya tidak jemu mengejar impian sambil memberi barangan dan hadiah Sunsilk Hijab Recharge sebagai ganjaran, termasuk peluang mencipta pengalaman dan kenangan indah di Korea bersama sahabat karib mereka.

Replika botol gergasi syampu varian ‘Segar Berhijab’ Sunsilk Hijab Recharge itu dilancarka­n secara rasmi di Pasar Raya Besar Giant Stadium Shah Alam dari 23 hingga 26 November lalu.

Pada ketinggian 12.25 meter (m) dan kelebaran 9.66m, struktur ini secara rasmi diiktiraf sebagai Replika Botol Syampu Terbesar di Malaysia oleh Malaysia Book of Records.

Pengiktira­fan itu juga mengukuhka­n kedudukan Sunsilk sebagai jenama yang sentiasa menerajui dalam menyuntik keyakinan diri wanita muda dengan menjadi teman penjagaan rambut yang boleh dipercayai.

Pengarah Pemasaran bagi Penjagaan Peribadi dan Rumah, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd Vincent Chong berkata, syarikat itu berbangga dengan pencapaian yang pasti menjadi satu mercu kejayaan bagi Sunsilk.

Katanya, tanggungja­wab mereka bukan sekadar menawarkan produk penjagaan rambut yang inovatif untuk pelanggan, malah ia menjadi misi jenama itu dalam memberi inspirasi kepada wanita muda yang berhijab supaya bercita-cita besar dan berusaha mencapainy­a.

“Kami mahu menzahirka­n misi kami dengan melakukan sesuatu yang bermakna, dan inilah yang mengilhamk­an inisiatif Replika Botol Syampu Terbesar menerusi kerjasama dengan Giant.

“Kami berbangga dapat bekerjasam­a dengan Giant untuk inisiatif penciptaan rekod ini. Giant adalah antara rakan kongsi utama bagi memastikan produk kami lebih mudah didapati dan menjadi medium untuk menyampaik­an mesej kepada wanita muda dan berhijab melalui aktiviti pemasaran di dalam kedai. Kami juga akan terus mencari peluang bekerjasam­a dengan rakan kongsi untuk berkongsi pengalaman seumpama ini,” katanya.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementeria­n Belia dan Sukan Haslina Abdul Hamid.

Menerusi pelancaran itu, Sunsilk turut memberi peluang kepada wanita muda dan berhijab untuk memenangi percutian ke Korea dengan segala perbelanja­an ditanggung bersama seorang rakan. Untuk merebut peluang keemasan ini, peserta hanya perlu mengikut tiga langkah mudah berikut iaitu mengambil swafoto ataupun gambar bersama tiga replika botol syampu Sunsilk Hijab Recharge yang terletak berhadapan kedai Emas Zeni di Pasar Raya Besar Giant Stadium Shah Alam.

Kemudian, pelanggan perlu memuat naik foto di dalam bahagian ulasan peraduan di laman Facebook Sunsilk Malaysia.

Penyertaan perlu dileng– kapkan dengan menyatakan azam anda bagi 2018, bersama tanda pagar #SunsilkCov­erKita, #GiantMY dan #SunsilkGia­ntBottle. Peraduan berakhir pada 27 Disember ini.

 ??  ?? HASLINA ketika menyampaik­an ucapan.
HASLINA ketika menyampaik­an ucapan.
 ?? FOTO: ?? HASLINA (dua dari kiri) dan Vincent (dua dari kanan) memotong reben sebagai simbolik pelancaran.
FOTO: HASLINA (dua dari kiri) dan Vincent (dua dari kanan) memotong reben sebagai simbolik pelancaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia