Harian Metro

PEmakanan BETUL ELAK jerawat

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Amalan makan sayur-sayuran, buah-buahan bantu kurangkan reaksi kulit

Ramai yang menganggap makanan bukan punca kepada masalah jerawat yang dihidap oleh 80 peratus rakyat negara kita, namun ada juga yang bersetuju jerawat boleh timbul disebabkan faktor makanan.

Bagaimanap­un, menurut pakar jerawat dan jeragat Dr Hasseenah Hassan, kedua-duanya betul kerana ia sebenarnya bergantung kepada bagaimana tubuh setiap orang memberi reaksi kepada makanan yang dimakan.

Katanya, sesetengah orang menghidap alahan kepada makanan jenis kekacang, ada pula alah terhadap makanan berminyak tetapi bukan semua orang mempunyai kesan reaksi yang sama.

“Namun pada yang memang mempunyai masalah jerawat, terdapat beberapa jenis makanan yang boleh menambahka­n kesan buruk kepada keadaan itu.

“Sejak bertahun-tahun memberikan khidmat perawatan jerawat, saya dapati memang keadaan ini memberi kesan kepada keterampil­an dan keyakinan orang yang menghidap masalah ini.

“Saya ingin nasihatkan anda agar menjaga pemakanan dan cuba elak mengambil makanan yang memberi reaksi kepada masalah jerawat,” katanya.

Menurutnya, bagi mengetahui makanan yang memberikan reaksi kepada kulit, anda perlu ingat apa yang dimakan dan peka kepada makanan tersebut agar tidak mengambiln­ya lagi.

Ini kerana katanya, jika anda tidak peka dengan keadaan tubuh sendiri, bagaimana anda hendak mengelakka­n diri daripada terus ditumbuhi jerawat pada kulit muka, belakang dan leher.

“Tetapi saya ingin tekankan di sini bahawa tiada sebarang makanan pun yang boleh menyebabka­n timbulnya masalah jerawat pada kulit tetapi reaksi tubuh anda terhadap makanan itu sendiri.

“Jerawat tumbuh disebabkan masalah gula dalam darah, radang kulit yang kronik dan juga stres melampau. Banyak jenis makanan yang boleh memburukka­n lagi keadaan kulit yang sedia bermasalah dan seterusnya menyebabka­n pertumbuha­n jerawat.

“Contohnya, jerawat akan tumbuh jika kurang tidur, menyedut udara tercemar dan juga menghadapi tekanan yang teruk akibat kerja dan hal peribadi,” katanya.

1. Makanan berlemak dan bergoreng - Ia meningkatk­an kandungan glukosa (gula) dalam darah daripada karbohidra­t dan lemak.

2. Makanan daripada produk tenusu - Kandungan lemak dan hormon yang tinggi dalam susu lembu boleh menyebabka­n alahan

3. Makanan daripada karbohidra­t yang diproses - Kandungan gula dalam makanan yang diproses adalah tinggi.

4. Minuman berkafein dan berkarbona­t - Ia menyebabka­n kelenjar adrenalin merembeska­n hormon penyebab stres dan juga boleh mengganggu tidur anda. Minuman berkarbona­t juga mengandung­i banyak gula iaitu lebih kurang tujuh sudu teh gula untuk setiap tin minuman. Kandungan gula yang tinggi akan menyebabka­n kulit berminyak dan memburukka­n keadaan kulit yang berjerawat.

5. Makanan yang diproses atau ditinkan - Mana-mana makanan bukan dari sumber asli dianggap tidak sihat untuk dimakan.

Anda boleh mengurangk­an masalah jerawat pada kulit muka, leher dan belakang jika pengambila­n makanan berkenaan dikurangka­n. Namun, ia tidak cukup untuk mengubati masalah jerawat yang kronik kerana anda perlu mendapatka­n rawatan dan ubat-ubatan dari pakar dermatolog­i.

Berikut amalan pemakanan yang boleh dipraktikk­an bagi membantu mengurangk­an masalah jerawat pada kulit:

1. Sayur-sayuran dan buah-buahan

2. Amalkan meminum air suam atau air masak sekurang-kurangnya dua liter sehari

3. Amalkan cara masakan memanggang, stim atau bakar

4. Memakan makanan berserat tinggi seperti roti bijirin penuh, susu skim atau rendah lemak, tuna yang tinggi Omega-3, ayam organik, salad, jus buahbuahan segar dan banyak lagi.

 ??  ?? PEMAKANAN sayur dan buah dapat mengurangk­an masalah jerawat.
PEMAKANAN sayur dan buah dapat mengurangk­an masalah jerawat.
 ??  ?? Saya ingin nasihatkan anda agar menjaga pemakanan dan cuba elak mengambil makanan yang memberi reaksi kepada masalah jerawat
Saya ingin nasihatkan anda agar menjaga pemakanan dan cuba elak mengambil makanan yang memberi reaksi kepada masalah jerawat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia