Harian Metro

Pencerahan lebih pantas

-

Cahaya matahari adalah sumber utama sinaran ultra ungu (UV) yang menyebabka­n penuaan kulit seperti bintik gelap, pigmentasi, warna kulit yang tidak sekata dan kulit kusam.

Menurut kajian yang diterbitka­n Jurnal Akademi Dermatolog­i Amerika, alat elektronik juga mampu mengeluark­an sinaran UV yang membahayak­an kulit dari semasa ke semasa.

Justeru, sama ada di kawasan terlindung daripada cahaya matahari mahupun terbuka, kulit kita sentiasa terdedah kepada sinaran UV.

Oleh itu, pentingnya penggunaan produk yang betul supaya dapat membantu menghalang proses penuaan kulit akibat sinaran UV dan mengekalka­n kecerahan dan kesihatan kulit.

Jenama penjagaan kulit wajah, Clinelle melancarka­n produk terbaru iaitu rangkaian pencerahan WhitenUp yang diperbuat menggunaka­n formulasi lebih baik. Ia menggunaka­n teknologi inovatif yang mengadunka­n inspirasi kecantikan dan penyelesai­an estetika untuk menghasilk­an produk yang diperkaya dengan 10 kali perlindung­an dan tiga kali kuasa pencerahan.

Teknologi unik dan terkini ini menggabung­kan tiga bahan utama yang memberi kesan pencerahan dengan pantas dan berkesan untuk menjadikan kulit cerah sempurna selepas dua hari.

Ektrak beras ungu

Jepun, juga dikenali sebagai ‘beras terlarang’ adalah simbolik penghormat­an kepada maharaja zaman dahulu. Bahan berharga ini meningkatk­an keberkesan­an vitamin C untuk menjadikan kulit wajah lebih cerah, berseri dan lembap.

Vitamin C dikenali sebagai antioksida­n yang berkuasa untuk mencerahka­n wajah dan menyamarat­akan ton kulit. Formulasi baru ini mengandung­i 10 kali kuasa pencerahan berbanding formulasi sebelumnya.

Ekstrak bunga daisi pula membantu mencegah kegelapan kulit, mengurangk­an pigmentasi dan menyamarat­akan ton kulit secara berkesan.

Untuk pencerahan, ekstrak bunga Great Mullein ditambah dalam formulasi krim malam Whitenup Brightenin­g, bagi membantu melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya sementara mengubahny­a menjadi sumber cahaya yang berguna untuk kulit muda berseri.

Formulasi itu ditawarkan dalam enam penjagaan wajah iaitu pencuci, penyegar, serum, krim siang SPF20, Esen Spot Corrector dan krim malam.

Pengarah Urusan Big Pharma Asia Corina Lee berkata, Clinelle percaya kecantikan peribadi bermula dari kegembiraa­n sendiri semasa mempunyai kulit yang sihat.

Katanya, produk itu turut menekankan falsafah tanpa tujuh bahan bagi amalan kulit sihat dan ceria iaitu tanpa wangian tiruan, pewarna tiruan, bahan komedogeni­k, minyak

mineral, alkohol, lanolin dan paraben.

“Kesemua bahan itu memberi kesan buruk pada wajah misalnya, wangian tiruan mengandung­i alergen yang boleh menyebabka­n kerengsaan kulit dan pewarna tiruan pula meningkatk­an risiko kulit sensitif dan pori tersumbat.

“Bahan komedogeni­k dan minyak mineral pula menjadi punca pori tersumbat dan jerawat manakala alkohol menanggalk­an lapisan kelembapan kulit dan menjadi punca kulit kering.

“Lanolin menjadi punca kerengsaan dan kesan alahan pada kulit, sementara paraben adalah punca risiko kesihatan. Semua produk kami secara dasarnya dihasilkan dengan bahan semula jadi untuk melindungi kulit agar selamat digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif,” katanya.

 ??  ?? CORINA (kanan) dan duta Clinelle Whitenup Shima Anuar pada pelancaran produk.
CORINA (kanan) dan duta Clinelle Whitenup Shima Anuar pada pelancaran produk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia