Harian Metro

Ajak zahir rasa simpati

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Keganasan dan kematian yang menjerut kehidupan etnik Rohingya pasti menyentuh hati sesiapa jua yang mendengar serta melihatnya apabila mereka tidak pernah tenang baik siang mahupun malam.

Ia juga turut meninggalk­an kesan pada pelakon Zarina Mohd Nor atau lebih dikenali sebagai Zarina Raja Lawak yang melihat kehidupan etnik itu tidak lagi mengecapi kebahagiaa­n apatah lagi untuk melalui kehidupan serba sempurna.

Oleh itu, ruang yang diberikan Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) untuk bersama-sama mengumpul dana bertujuan memberikan sedikit sinar kepada etnik itu tidak dilepaskan Zarina.

Menurut Zarina yang mewakili Persatuan Seniman Malaysia, dia berharap lebih ramai artis akan bersama-sama turun padang bagi menzahirka­n rasa simpati mereka kepada Rohingya.

“Betapa sedihnya mereka tiada negara dan rumah yang dulu menghimpun­kan segala kebahagiaa­n di dalamnya dimusnahka­n junta Myanmar.

“Kebanyakan artis sekarang sudah ada yayasan kebajikan mereka sendiri maka elok kita semua bersatu bagi membantu mereka yang amat memerlukan kerana semua orang berhak mendapat kehidupan sempurna,” katanya.

Setakat ini, kata Zarina, pelakon Putera Amaris yang serius menyertai misi bantuan Rohingya anjuran MAPIM. Pertubuhan itu juga dalam perancanga­n membawa artis ke Kem Pelarian Cox Bazar, Bangladesh yang berada dalam keadaan kritikal bagi menyaksika­n sendiri penderitaa­n mereka.

Konsert kumpul dana

Pada 1 Disember ini, jam 8 malam, akan diadakan Konsert Malam Solidariti Kemanusiaa­n bertempat di Dataran Astaka, Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Antara aktiviti malam itu ialah solat hajat, penyerahan watikah keamanan jelajah bikers dan konsert kemanusiaa­n.

Sebelum itu, Presiden MAPIM Cikgu Mohd Azmi ‘melepaskan’ Kembara Watikah Keamanan dan Kasih Sayang pada 26 November lalu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam diketuai Ustaz Hanafiah Abdul Malek yang menjelajah ke beberapa negeri untuk menyatakan pendirian rakyat Malaysia.

Warga Rohingya yang berada di kem Cox Bazar sudah mencecah 700,000 orang. Pelarian yang melarikan diri dari Arakan, Myanmar setiap hari berjumlah 2,000 orang.

Jumlah etnik Rohingya yang masih bertahan di Arakan daripada empat juta penduduk kini tinggal 300,000 orang, kes rogol dan bunuh masih berlaku apabila

Zarina minta orang

ramai sokong Konsert Malam Solidariti Jumaat ini

setiap hari junta Myanmar akan mengejar serta membunuh rakyat Rohingya yang mereka jumpa.

“Ketika ini bantuan kewangan kemanusiaa­n yang disalurkan di kem pelarian Cox Bazar masih tidak dapat menampung jumlah di sana dan amat dikhuatiri musim sejuk yang bakal tiba dengan salji dari Pergununga­n Everest sudah boleh dirasai angin sejuknya di kawasan kem itu.

“Sebanyak 60 peratus pelarian di Cox Bazar adalah kanak-kanak dan bayi, 30 peratus lagi ibu yang menyusukan bayi,” katanya.

Oleh itu, kata Zarina, orang ramai diminta memberi sokongan pada konsert solidariti itu sambil menyumbang.

“Masuk percuma dan ini adalah misi kemanusiaa­n paling besar yang akan kita tempuh,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia