Harian Metro

Kesukaran miliki wajah ‘menakutkan’

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Filem Wonder ada impak begitu efektif mengenai kehidupan realistik kanak-kanak istimewa

Filem mengenai individu yang memiliki kelainan fizikal berisiko menyentuh sensitivit­i ramai selain terlalu bersifat manipulati­f.

Barangkali disebabkan itu ramai pengarah tidak berani tampil dengan filem sedemikian.

Bagaimanap­un, filem terbaru arahan Stephen Chbosky berjudul Wonder yang mula ditayangka­n 7 Disember ini berada dalam kelas tersendiri.

Ia sebuah naskhah yang mempunyai cita rasa emosi yang begitu mengagumka­n.

Mempertaru­hkan genre drama, tahapnya membangkit­kan rasa empati berpadu sempurna dengan elemen lain.

Ia ada satu kuasa tersendiri untuk menyentuh secara mendalam perasaan penonton.

Pada masa sama, ia bercerita mengenai situasi semasa kes buli yang jelas tidak pernah berkesudah­an di Amerika Syarikat (AS). Cuma filem ini mungkin terlalu jujur hingga elemen seni tidak begitu ditonjolka­n.

Wonder yang menampilka­n lakonan Owen Wilson dan Julia Roberts ini menceritak­an mengenai Auggie Pullman lakonan

Jacob Tremblay iaitu kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang berhadapan waktu sukar apabila memiliki wajah ‘menakutkan’ kesan pembedahan selepas dia terbabit dalam kemalangan.

Mata kirinya tertarik ke bawah seakan-akan ada air mata mengalir, telinganya berbentuk pelik dan wajahnya dipenuhi kesan parut.

Bagaimanap­un, dia tiada bezanya dengan kanak-kanak normal lain cuma seseorang perlu mengambil sedikit masa untuk menerimany­a.

Auggie sangat obses dengan sains dan peminat tegar Star

Wars serta Minecraft.

Dia juga sukakan ais krim dan permainan X-Box.

Selain itu, dia juga hidup dengan fantasi sendiri dan meminati angkasa lepas serta sering mengenakan helmet angkasawan­nya.

Wajahnya boleh kelihatan muda dan tua pada masa sama. Sesiapa pun pasti akan terkejut apabila melihat wajahnya namun semakin mengenali Auggie, jiwa naif kanak-kanak itu makin terserlah.

Pada awalnya, dia tidak dihantar ke sekolah biasa dan hanya belajar di rumah bersama ibunya Isabel (Julia Roberts).

Namun, apabila usianya mencecah 10 tahun, Isabel dan suaminya, Nate (Owen

 ??  ?? JULIA dan Owen sangat serasi
sebagai ibu bapa Auggie.
JULIA dan Owen sangat serasi sebagai ibu bapa Auggie.
 ??  ?? LAKONAN cemerlang
Julia dan Jacob.
LAKONAN cemerlang Julia dan Jacob.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia