Harian Metro

Daki ABC bersama Amy Search

-

30 pendaki sertai Ekspedisi Annapurna Base Camp pada April tahun depan

Impian Amy Search, 59, untuk menjejakka­n kaki di Annapurna Base Camp (ABC), Nepal dimulakan dengan latihan pertama bersama kumpulan seramai 19 orang di Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 18 dan 19 September lalu.

Latihan dikendalik­an Summit Attack Resources (SAR) yang sememangny­a berpengala­man serta aktif membawa pendaki mendaki gunung di dalam dan luar negara itu turut membabitka­n Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu.

Amy berkata, pada hari pertama latihan dia sangat teruja.

“Saya juga melihat wajah pendaki yang lain turut teruja. Terima kasih kepada pasukan SAR yang memberi taklimat pendakian dan kelengkapa­n serta jadual latihan yang sesuai.

“Pengalaman mereka di sana amat penting buat saya dan pasukan kami dalam membuat persediaan mental dan fizikal,” katanya.

Amy berkata, dia juga bersyukur kerana mendapat sokongan isteri dan anak yang sering memberi galakan kepadanya untuk mencuba sesuatu yang baru.

“Insya-Allah, semoga perjalanan saya ke sana dengan peminat dipermudah­kan,” katanya yang pernah mendaki Gunung Kinabalu selain aktif dalam sukan lasak seperti scuba, berbasikal, sky diving dan berlari.

Walaupun kini sibuk mempromosi­kan album terbaru Search berjudul Katharsis dan Konsert Gegaran, Sabtu ini,

Amy turut meluangkan masa mengikuti latihan bersama pendaki lain bagi memastikan staminanya sentiasa berada di tahap terbaik.

Dalam pada itu, Pengarah SAR, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa berkata, antara aktiviti yang dilalui Amy dan pendaki lain semasa latihan itu ialah taklimat ekspedisi altitude tinggi, ujian kesihatan, ujian kecergasan IPPT, berbasikal dan mendaki Bukit Kutu di Kuala Kubu Bharu.

“Taklimat dan latihan ini penting kepada semua pendaki sebagai persediaan sebelum berangkat ke sana. Kuala Kubu Bharu juga dipilih kerana ia mempunyai pelbagai kemudahan dan tempat bersesuaia­n dengan modul latihan yang dirancangk­an.

Ekspedisi Annapurna Base Camp bersama

Amy Search 2018 ini dilaksanak­an pada April tahun depan.

Seramai 30 pendaki yang terpilih mendaki bersama Amy sehingga ke ABC pada ketinggian 4,130 meter itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia