Harian Metro

Perangsang kebaikan

-

positif dalam setiap aktiviti kebajikan anjuran pihaknya.

“Pemilihan ikon ini kali kedua dibuat menerusi jalinan kerjasama dengan selebriti terkenal tanah air. Tahun lalu, kami bekerjasam­a dengan Prof Datuk Dr Muhaya Mohamad, Datin Seri Nur Shahida, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Datin Seri Umie Aida dan Amsyar Azman.

“Setiap selebriti yang dipilih mempunyai kekuatan dan pengaruh masingmasi­ng. Kehadiran mereka membawa satu signifikan baru iaitu kerja kemanusiaa­n ini tidak terbatas kepada golongan tertentu.

“Ikon ini akan menjadi suara MVM bagi menggalak orang ramai turun padang dan menghulurk­an bantuan melalui hebahan media sosial menggunaka­n setiap platform yang mereka miliki.

“Tahun ini 55 program yang sudah dan akan dilaksanak­an. MVM kini mempunyai lebih 50,000 sukarelawa­n berusia 18 hingga 24 tahun,” katanya.

Kata Muhammad, pihaknya turut berharap kehadiran ikon baru itu dapat menyebarka­n aktiviti MVM yang bukan hanya memberi fokus kepada bantuan di luar negara semata-mata sejak ditubuhkan tiga tahun lalu.

“Sebanyak 51 daripadany­a dianjurkan di Malaysia, manakala, empat lagi di luar negara atas dasar kemanusiaa­n. Saya harap jalinan kerjasama seperti ini dapat digunakan sebaik mungkin ke arah yang diredai Ilahi dan diteruskan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, bagi Syamel yang kali pertama menyertai pertubuhan sukarelawa­n sejak bergelar selebriti, dia akui sebagai selebriti perlu wujud kesedaran untuk samasama berganding bahu bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Selebriti mempunyai pengaruh tersendiri dalam menarik orang ramai untuk sama-sama membantu golongan memerlukan. Ketika pihak MVM bertemu, saya terus jatuh cinta dan mahu terbabit sama kerana saya pernah aktif dengan misi kemanusiaa­n ketika zaman belajar dulu.

“Saya harap kehadiran ini sedikit sebanyak dapat membantu dan menarik lebih ramai penderma dan sukarelawa­n sekiranya diperlukan. Saya juga tidak sabar untuk menyertai aktiviti yang bakal dianjurkan MVM menjelang 2018 nanti,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD (lima dari kiri) bersama ikon yang dilantik.
MUHAMMAD (lima dari kiri) bersama ikon yang dilantik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia