Harian Metro

Noktah karier seni

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Keputusan Meghan secara rela untuk fokus bersama

Putera Harry

Tanggal 27 November cukup bersejarah buat pelakon Meghan Markle yang kini sah bergelar tunang kepada Putera Harry dan mengumumka­n mengenai persaraann­ya dalam bidang lakonan.

Bekas bintang Suits berusia 36 tahun ini memilih untuk fokus kepada hidupnya bersama Harry dan dengan rela hati menoktahka­n kariernya.

Meghan yang pernah bergelar duta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata itu adalah transisi dalam kehidupann­ya.

“Saya menganggap ini perubahan yang mengujakan kerana banyak perkara baru boleh dilakukan.

“Ia tidak bermakna saya melepaskan sesuatu untuk memulakan perkara lain sebaliknya ia perubahan terhadap lembaran baru dalam hidup,” katanya.

Katanya, sepanjang tujuh tahun menjayakan siri Suits banyak perkara sudah dicapai.

“Saya bersyukur kerana mampu bertahan lama. Saya bangga dengan pencapaian setakat ini,” katanya.

Dalam satu temu bual, Harry berkongsi kisah cintanya dengan pelakon itu.

“Saya jatuh cinta dengannya dan dia juga begitu. Kami bertemu dan selepas beberapa ketika, saya rasa kami ada jodoh.

“Seperti pasangan lain, kami berdepan dugaan dan berjaya mengharung­inya. Malah saya yakin Meghan dapat melakukan banyak perkara,” katanya.

Pasangan itu bertemu di

London pada Julai 2016 selepas diperkenal­kan oleh beberapa kenalan.

Pada Januari 2017, Harry memperkena­lkan Meghan kepada kakak iparnya, Kate Middleton dan anak saudaranya, Puteri Charlotte.

September lalu menyaksika­n Meghan buat pertama kalinya mengadap nenda Harry,

Ratu Elizabeth II di Istana

Balmoral.

 ??  ?? Saya menganggap ini perubahan yang mengujakan kerana banyak perkara baru boleh dilakukan
Saya menganggap ini perubahan yang mengujakan kerana banyak perkara baru boleh dilakukan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia