Harian Metro

Imbang kesan psikologi

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

 Pembaharua­n PPSR bersifat holistik, tak tumpu hanya pencapaian akademik

Pelaporan Pentaksira­n Sekolah Rendah (PPSR) yang tidak hanya menumpukan pencapaian akademik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata dibuat secara holistik, Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia turut membabitka­n tiga komponen lain iaitu Pentaksira­n Bilik Darjah, Pentaksira­n Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m serta Pentaksira­n Psikometri­k.

Menurutnya, pembaharua­n dibuat kementeria­n melalui pentaksira­n itu mengambil kira kesan psikologi dalam kalangan murid yang tidak mencapai keputusan cemerlang.

“Kementeria­n Pendidikan menyedari impak yang timbul dalam kalangan anak sekolah di peringkat rendah adalah kesan psikologi di mana selama ini kita anggap kejayaan melalui UPSR secara keseluruha­nnya diraikan di semua peringkat.

“Ini memberi sedikit sebanyak kesan psikologi kepada mereka yang tidak mencapai apa yang diharapkan dan kesan ini berlaku sama ada secara sedar atau tidak sedar,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) berkenaan kesan psikologi dalam kalangan murid. Beliau menegaskan, UPSR adalah ujian penilaian di peringkat sekolah rendah manakala Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) penilaian sekolah menengah rendah.

“Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) barulah peperiksaa­n yang sebenarnya,” katanya.

 ??  ?? MAHDZIR
MAHDZIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia