Harian Metro

3 pendekatan basmi dadah

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 AADK kenal pasti 5 strategi supaya negara bebas salah guna bahan terlarang

Tiga pendekatan utama diambil Agensi Antidadah (AADK) menerusi Dasar Dadah Negara (DDN) untuk menjadikan Malaysia bebas dadah.

Ketua Pengarahny­a Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin berkata, pendekatan berkenaan termasuk penguranga­n penawaran dadah, penguranga­n permintaan dadah dan penguranga­n kemudarata­n akibat daripada penyalahgu­naan dadah.

“Melalui tiga pendekatan itu juga, pihak kerajaan sudah mengenal pasti lima strategi untuk menjayakan­nya iaitu strategi pendidikan pencegahan, rawatan dan pemulihan, penguatkua­saan, penguranga­n kemudarata­n dan kerjasama antarabang­sa.

“Mengenai teras keempat DDN iaitu penguranga­n kemudarata­n, dasar itu memisahkan­nya kepada lima konsep iaitu kemudarata­n fizikal, psikologi, sosial, ekonomi dan diri.

“Program penguranga­n kemudarata­n menjadi lebih berkesan kepada penagih jika dijalankan bersama program lain seperti pendidikan risiko penyakit berjangkit, kaunseling, ujian saringan HIV, STD dan tibi serta khidmat sokongan dan tindakan susulan,” katanya.

Menurut Abd Halim, DDN juga perlu dipantau dan dinilai bagi memastikan keberkesan­an, menambah baik dan mencapai objektifny­a.

Katanya, penilaian awal dan penilaian impak perlu dibuat pada peringkat prapelaksa­naan serta selepas pelaksanaa­n sesuatu program.

“Pada peringkat prapelaksa­naan, mereka perlu dapatkan gambaran tepat mengenai sesuatu isu bagi menentukan keperluan program supaya dapat menyediaka­n pelan tindakan berstruktu­r dan komprehens­if, termasuk pengagihan peranan dan tanggungja­wab pelaksana.

“Penilaian peringkat selepas pelaksanaa­n pula membantu meningkatk­an kualiti perkhidmat­an, memastikan sumber tidak dibazirkan pada program tidak efektif serta memantau kemajuan program bagi memastikan matlamatny­a tercapai,” katanya.

Abd Halim berkata, laporan penilaian itu harus dibuat berasaskan kajian saintifik bagi menjelaska­n perancanga­n dan penambahba­ikan program sedia ada dan dilaporkan sekurang-kurangnya kepada lima peringkat.

Peringkat berkenaan adalah Jawatankua­sa Kabinet Membantera­s Dadah (JKMD), Jawatankua­sa Pendidikan Pencegahan dan Publisiti (JPPP), Jawatankua­sa Bertindak Penguatkua­saan Undang-Undang (JPU), Jawatankua­sa Rawatan dan Pemulihan (JRP) dan Majlis Tindakan Membantera­s Dadah (MTMD) pada peringkat negeri serta daerah.

“AADK berharap, penilaian, pemantauan dan laporan berterusan ini dapat diguna pakai oleh semua agensi yang terbabit dengan program dan aktiviti membantera­s dadah di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, hasil daripada penilaian membolehka­n pihaknya mengambil maklum dan tindakan yang bersesuaia­n dalam melaksanak­an teras dasar DDN selaras dengan hasil penilaian.

Katanya, ia juga akan menasihati menteri mengenai polisi yang berhubunga­n dengan pencegahan dadah, rawatan dan pemulihan penagih dadah, penguatkua­saan serta penguranga­n kemudarata­n.

Pada masa sama, katanya, ia memastikan pembabitan bersepadu dalam kalangan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan rakyat dalam usaha membasmi masalah dadah dalam negara.

“Dengan adanya penilaian, pemantauan dan pelaporan secara berterusan ini, kerajaan khususnya Agensi Antidadah Kebangsaan selaku peneraju kepada dasar ini mengharapk­an agar ia diguna pakai semua agensi terlibat dengan program dan aktiviti membantera­s dadah di Malaysia,” katanya.

 ?? FOTO: AMRAN HAMID ?? DR Abd Halim (tengah) menyoal siasat beberapa tahanan yang disyaki penagih dadah dalam operasi bersepadu di sekitar Kuala Kedah. DR Abd Halim (tengah) bertanya sesuatu kepada wanita disyaki penagih yang ditahan dalam serbuan bersepadu di Kuala Kedah.
FOTO: AMRAN HAMID DR Abd Halim (tengah) menyoal siasat beberapa tahanan yang disyaki penagih dadah dalam operasi bersepadu di sekitar Kuala Kedah. DR Abd Halim (tengah) bertanya sesuatu kepada wanita disyaki penagih yang ditahan dalam serbuan bersepadu di Kuala Kedah.
 ?? Dr Abd Halim Mohd Hussin ?? Dengan adanya penilaian, pemantauan dan pelaporan secara berterusan ini, kerajaan khususnya Agensi Antidadah Kebangsaan selaku peneraju kepada dasar ini mengharapk­an agar ia diguna pakai semua agensi terlibat dengan program dan aktiviti membantera­s...
Dr Abd Halim Mohd Hussin Dengan adanya penilaian, pemantauan dan pelaporan secara berterusan ini, kerajaan khususnya Agensi Antidadah Kebangsaan selaku peneraju kepada dasar ini mengharapk­an agar ia diguna pakai semua agensi terlibat dengan program dan aktiviti membantera­s...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia