Harian Metro

‘Barangkali saya celupar’

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tiada niat merendahka­n penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan meminta maaf jika ada pihak terguris hati dengan kenyataann­ya.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata, apa yang dilakukann­ya ialah memberi kata-kata motivasi bagi menyedarka­n rakyat Malaysia bahawa kerajaan yang memerintah negara selama 60 tahun menjaga keselamata­n seterusnya membolehka­n aktiviti perniagaan dan pendidikan berjalan dengan baik.

Katanya, beliau kesal kenyataann­ya disalah tafsir serta diambil kesempatan oleh pihak tertentu bagi melagakann­ya dengan penuntut dan alumni UiTM.

“Saya sendiri sebenarnya, keluarga saya dan kita semua dapat manfaat daripada UiTM. Ia satu institusi dibangunka­n kerajaan untuk membantu orang Melayu.

“Jadi saya harap sudah-sudahlah, tak payah kita nak bising lagi. Kerana saya sedar dan tahu barangkali saya ini bermulut celupar, jadi saya kena berhati-hati.

“Niat saya nak mengingatk­an kepada anak saya supaya mereka sedar betapa pentingnya kerajaan yang stabil dan bersatu padu,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) di Menara Dato’ Onn di sini, semalam.

Ketika berucap dalam Majlis Anugerah Nadi Negara 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Ahad lalu Tengku Adnan dilaporkan terlepas cakap dengan mendakwa kewujudan UiTM adalah untuk pelajar kurang cemerlang hingga ia menjadi tular dan mendapat kecaman daripada pelbagai pihak khususnya warga UiTM.

Sementara itu, Presiden PAUiTM Datuk Zaini Hassan berkata, pihaknya menerima penjelasan Tengku Adnan dan berharap tiada pihak lain memanjangk­an isu itu atas kepentinga­n tertentu.

Katanya, selepas berbincang dari hati ke hati pihaknya mendapati ucapan Menteri Wilayah Persekutua­n itu diputar belit dan disalah tafsir.

 Tengku Adnan mohon maaf berikutan kenyataan guris hati penuntut UiTM

 ??  ?? TENGKU Adnan (tengah) bersama Zaini (kanan) pada sidang media di Menara Dato Onn, semalam.
TENGKU Adnan (tengah) bersama Zaini (kanan) pada sidang media di Menara Dato Onn, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia