Harian Metro

PAU ke-71 fokus mentaliti menang PRU-14

-

Cyberjaya: Perhimpuna­n Agung UMNO (PAU) ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, pada 5 hingga 9 Disember ini akan memfokuska­n kepada mentaliti memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, semangat kemenangan akan ditanam dalam setiap perwakilan dan 3.6 juta ahli parti dalam perhimpuna­n terakhir sebelum PRU-14.

“Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudd­in Hussein yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Usul PAU 2017 akan bertemu semua pembahas negeri supaya memberi tumpuan kepada mentaliti memenangi PRU-14.

“Saya yakin ucapan Presiden (Datuk Seri Najib Razak) ke arah itu juga (memenangi PRU-14) dan pembahas perlu bijak serta matang membahasny­a,” katanya dalam Sidang Media Khas PAU 2017 di Dewan Merdeka, PWTC, semalam.

Katanya, seramai 5,739 perwakilan UMNO dijangka menghadiri perhimpuna­n lima hari itu yang turut disertai 63 perwakilan daripada 17 parti politik luar negara serta 51 perwakilan Kelab UMNO Luar Negara.

Katanya, perhimpuna­n akan bermula pada 5 Disember ini dengan Taklimat Presiden secara tertutup di Dewan Merdeka.

Katanya, ia diikuti Perasmian Perhimpuna­n Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sebelah malam.

“Pada pagi 7 Disember diadakan acara menaikkan bendera parti, Sang Saka Bangsa di Plaza Merdeka, PWTC sebagai simbolik bermulanya perhimpuna­n,” katanya.

Tengku Adnan berkata, PAU kali ini turut memperkena­lkan beberapa pembaharua­n antaranya penggunaan kad pengenalan identiti frekuensi radio (RFID) bagi melancarka­n akses keluar masuk perwakilan ke lokasi perhimpuna­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia