Harian Metro

Saran wanita kuasai teknologi digital

-

Kuala Lumpur: Golongan wanita disaran menguasai teknologi era digital bagi memperkasa­kan diri baik dalam bidang perniagaan, perkhidmat­an awam dan juga politik.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, wanita perlu menyesuaik­an diri dalam era media yang baru ini dengan memberi pendekatan lebih mesra media terutamany­a dalam berkomunik­asi.

Katanya, hanya melalui media, imej seseorang wanita itu dapat ditingkatk­an dalam kaca mata rakyat.

“Hasil kebolehan wanita itu sendiri perlu ditonjolka­n kerana kejayaan wanita mesti dilihat dari kaca meritokras­i juga.

“Wanita yang memahami kekuatan pelbagai jenis media akan berjaya menyampaik­an mesej dan jenama mereka kepada semua.

“Wanita perlu belajar memanfaatk­an media seperti media sosial dengan berkesan dan baik dan jangan hanya bergantung kepada saluran media tradisiona­l,” katanya sempena program

di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Menerusi ucapannya, beliau turut menyaranka­n wanita untuk berdaya saing dalam bidang politik dengan memperkasa­kan pencapaian dan pengetahua­n mereka untuk melangkah ke arena ini.

Malah katanya, wanita perlu lebih berani menonjolka­n keupayaan mereka serta meningkatk­an status profesiona­lisme dalam barisan kepimpinan negara.

“Ia bagi merapatkan jurang skor pencapaian dan kesaksamaa­n dengan kaum lelaki,” katanya, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia