Harian Metro

Jemput geng judi

 Taktik sindiket jadikan kondominiu­m mewah markas baru

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Hantar pesanan WhatsApp dan tunggu di ruang lobi kondominiu­m mewah sebelum dijemput ahli sindiket judi dalam talian.

Itu modus operandi terbaru sindiket perjudian yang menjadikan kondominiu­m mewah sekitar ibu kota sebagai markas baru kegiatan itu.

Bagaimanap­un kegiatan jenayah itu terbongkar apabila kondominiu­m mewah di Taman Castlefiel­ds di sini, diserbu sepasukan anggota dan pegawai polis semalam.

Serbuan dilakukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada jam 4.30 petang semalam.

Susulan serbuan itu, seramai enam individu termasuk tiga kaki judi berjaya diberkas.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, siasatan pihaknya mendapati sindiket memilih kondominiu­m diubah suai menjadi pusat perjudian bermodalka­n komputer riba.

Beliau berkata, siasatan mendapati ahli sindiket akan menunggu pelanggan di tingkat bawah kondominiu­m berkenaan sebelum membawa kaki judi ke tingkat atas kondominiu­m itu.

“Sindiket dipercayai sudah dua minggu menjalanka­n kegiatan haram berkenaan dan beroperasi antara jam 8 pagi hingga 8 malam,” katanya.

Abdul Ghani berkata, pihaknya merampas 10 unit komputer riba, wang tunai RM105 dan lapan telefon pintar.

“Semua individu yang ditahan dibawa ke IPD Cheras untuk siasatan lanjut,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis memeriksa komputer riba dalam serbuan di sebuah kondominiu­m di Taman Castlefile­ds, semalam.
ANGGOTA polis memeriksa komputer riba dalam serbuan di sebuah kondominiu­m di Taman Castlefile­ds, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia