Harian Metro

Inisiatif menjadi

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

 6 PKS disenaraik­an di papan utama Bursa Malaysia

Sektor keusahawan­an negara terus berkembang pesat dan ia terbukti menerusi enam syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan yang berjaya disenaraik­an di papan utama Bursa Malaysia dengan nilai pasaran modal mencecah RM4.3 bilion.

Syarikat terbabit ialah E A Technique (M) Berhad, Bioalpha Holdings Berhad, Sedani Innovator Berhad, Rhone Ma Holdings Berhad, Serba Dinamik Holdings Berhad dan Advancecon Holdings Berhad yang menyertai seminar tawaran awam permulaan oleh SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp), Bursa Malaysia, MIDF Amanah Investment Bank Berhad, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihak kerajaan pada masa sama turut melaksanak­an beberapa inisiatif menyediaka­n saluran pembiayaan inovatif kepada PKS dalam memperkasa­kan golongan ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Beliau berkata, antara dua program yang membantu menyediaka­n PKS ke arah penyenarai­an termasukla­h Fasiliti Pembiayaan EquiBumi yang membantu pengambila­lihan daripada syarikat berpotensi serta Skim Jejak Jaya Bumiputera yang turut menggalakk­an pertumbuha­n perniagaan sedia ada.

“Kepelbagai­an program yang dianjurkan kerajaan di bawah Pelan Induk PKS, Platform Akaun Pelaburan serta Dana Modal Awam adalah langkah untuk memperkuku­h kehadiran usahawan tempatan di peringkat domestik dan antarabang­sa.

“Sehingga kini, RM22 bilion peruntukan dikhususka­n bagi pembanguna­n PKS yang dijalankan di pelbagai kementeria­n dan agensi kerajaan yang mana RM15.43 bilion adalah program akses pembiayaan seperti penyertaan usahawan dalam Bursa Malaysia,” katanya ketika berucap pada Seminar Stairway To IPO di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi

SME Corp Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Datuk Hafsah Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Seri Tajuddin Atan.

Sementara itu, Tajuddin berkata, pihaknya menjangkak­an dua atau tiga lagi PKS untuk disenarai di pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) di Bursa Malaysia pada 2018. Keuntungan sebelum cukai CIMB Group Holdings Bhd meningkat kepada RM1.53 bilion pada suku ketiga berakhir 30 September 2017 daripada RM1.36 bilion pada tempoh sama 2016.

Manakala, perolehan bertambah kepada RM4.42 bilion daripada RM4.12 bilion.

Bagi sembilan bulan pertama 2017, keuntungan sebelum cukai meningkat kepada RM4.6 bilion daripada RM3.67 bilion pada tempoh sama tahun lalu dan perolehan melonjak kepada RM13.11 bilion daripada RM11.75 bilion.

Ketua Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, prestasi memberangs­angkan itu didorong margin faedah bersih positif, peruntukan semakin berkuranga­n dan aktiviti pasaran modal lebih baik.

“Kami terus menunjukka­n kemajuan di seluruh syarikat dengan mencatatka­n pendapatan operasi sukuan tertinggi yang belum pernah direkodkan sebelum ini, iaitu RM4.42 bilion pada suku ketiga ini dan menjana 26 peratus pertumbuha­n keuntungan bersih bagi sembilan bulan pertama 2017,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

 ??  ??
 ??  ?? MUSTAPA
MUSTAPA
 ??  ??
 ??  ?? TENGKU Zafrul
TENGKU Zafrul

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia