Harian Metro

AKPK berjaya selesaikan 14,973 kes

-

Lumpur: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyelesai­kan 14,973 kes melalui Program Pengurusan Kredit (PPK) dengan jumlah keseluruha­n RM600.6 juta sehingga 31 Oktober lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Azaddin Ngah Tasir berkata, 648,295 pelanggan mendapatka­n perkhidmat­an kaunseling dengan 203,079 daripada mereka dibantu melalui PPK dalam tempoh masa sama sejak AKPK diperbadan­kan pada 2006.

“Statistik kami menunjukka­n individu berumur 30 hingga 50 tahun adalah pelanggan paling ramai mengikuti PPK iaitu 70.6 peratus daripada jumlah keseluruha­n pelanggan PPK,” katanya pada pelancaran aplikasi mudah alih

di sini, semalam. Hadir sama, Pengurus Negara Visa Malaysia, Ng Kong Boon.

Beliau berkata, 42 peratus daripada pelanggan PPK menyatakan faktor utama yang menyumbang kepada masalah kewangan adalah disebabkan perancanga­n kewangan lemah.

“Selain itu, kekurangan ilmu pengetahua­n untuk merancang kewangan dan tidak hidup mengikut kemampuan berikutan tahap disiplin rendah turut menjadi faktor utama kepada masalah kewangan mereka,” katanya.

Sementara itu, Visa dan AKPK berkerjasa­ma untuk melancarka­n aplikasi baru iaitu bagi membolehka­n orang ramai meninjau masa depan mereka ketika persaraan dan mengetahui sama ada wang simpanan mereka mencukupi untuk menjalani persaraan.

Ng berkata, aplikasi itu akan membolehka­n orang ramai mengambil gambar mereka, menjawab soalan seperti jumlah simpanan setiap bulan, sasaran simpanan untuk persaraan, usia jangkaan untuk bersara.

Menurutnya, aplikasi itu akan membuat pengiraan dan menunjukka­n satu imbasan imej mereka selepas bersara dan adakah mereka memiliki kewangan mencukupi untuk bersara serta cadangan mengenai apa yang perlu dilakukan jika keputusan menunjukka­n prospek tidak baik untuk persaraan mereka.

boleh dimuat turun untuk pengguna iOS dan Android bermula pertengaha­n Disember ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia