Harian Metro

Nak kebal punya hal

- Agensi

Tujuh lelaki terpaksa mendapatka­n rawatan kerana melecur teruk apabila membilas tangan menggunaka­n asid kerana percaya dapat menjadikan mereka kebal atas arahan seorang bomoh.

Kejadian malang itu berlaku minggu lalu selepas penduduk Kampung Rawa Kopi di pinggir Jakarta itu termakan kata seorang lelaki bernama Didi yang mengaku dirinya memiliki ilmu Debus dipercayai dapat menjadikan seseorang kebal.

Lelaki itu yang baru berpindah ke kampung berkenaan beberapa bulan sebelumnya menawarkan menurunkan ilmu Debus kepada mereka secara percuma dan berjanji tujuh lelaki terbabit pasti kebal jika mematuhi syaratnya.

Ketua polis tempatan Harry Kurniawan semalam berkata: “Lelaki malang berkenaan percaya bulat-bulat dakwaan ‘guru’ mereka itu dan bagi menguji mereka, Didi mengarahka­n mereka membilas tangan menggunaka­n bahan kimia yang kami percaya adalah asid.

“Akibatnya mereka terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami lecuran teruk.”

Menurutnya, Didi terus menghilang­kan diri selepas kejadian itu dan kini diburu polis walaupun mangsa tidak membuat laporan rasmi. Dia berdepan hukuman penjara lima tahun jika didapati bersalah kerana cuai sehingga membawa kepada kecederaan.

Seorang mangsa, Syahroni, 36, berkata, dia dan rakan-rakan melalui lapan ujian sebelum diarahkan melakukan tahap kesembilan yang menyebabka­n mereka semua melecur teruk.

 Tujuh lelaki lecur teruk bilas tangan guna asid atas cadangan ‘bomoh’ Kami melakukan semua disyaratka­nnya termasuk mandi bunga menggunaka­n air sejuk selama beberapa malam”

Syahroni

“Kami melakukan semua disyaratka­nnya termasuk mandi bunga menggunaka­n air sejuk selama beberapa malam. Kami kemudian diuji dengan dilibas senjata tajam dan tidak mengalami luka.

“Pada hari kejadian iaitu ujian terakhir, kami diarahkan membaca doa dan zikir bagi melancarka­n ilmu kebal sebelum disiram sejenis cecair.

“Pada mulanya kami tidak rasa apa-apa tetapi apabila dibilas pula dengan air bersih tiba-tiba tangan terasa panas dan melepuh,” katanya.

 ??  ?? SYAHRONI menunjukka­n keadaan tangannya.
- tribunnews.com
SYAHRONI menunjukka­n keadaan tangannya. - tribunnews.com

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia