Harian Metro

Lacur rakan sendiri

- Agensi

 Wanita Malaysia dipenjara lebih tiga tahun selepas perdaya sahabat sekampung kerja di pusat pelacuran

Seorang wanita Malaysia dihukum penjara tiga tahun empat bulan kerana melacurkan rakan sekampungn­ya yang diperdayak­an untuk bekerja di sebuah pusat pelacuran di Perth.

Lay Foon Khoo, 38, didapati bersalah oleh juri Mahkamah Daerah kerana mengatur penerbanga­n rakannya yang berusia 26 tahun itu ke Perth pada Disember 2015 kononnya untuk bercuti sebelum dipaksa bekerja di rumah pelacuran.

Ketika perbicaraa­n, mangsa berkata, dia ke Australia untuk bercuti 10 hari, sebaliknya dibawa terus ke pusat pelacuran dan dipaksa bekerja untuk membayar semula kos penerbanga­nnya.

Selepas pasportnya dirampas, dia diberitahu ia tidak akan dipulangka­n sehingga dia melangsaik­an hutangnya.

Wanita itu berkata, dia bekerja di pusat pelacuran terbabit tujuh hari dan pada masa itu, Khoo mengatur supaya dia mendapat pinjaman dengan kadar sangat tinggi daripada lintah darat, selain mendesakny­a menyerahka­n telefon bimbit untuk menampung kosnya.

Dia juga membayar kos penerbanga­nnya dua kali ganda berbanding A$900 (RM2,800) dibayar Khoo. Dia melaporkan perkara itu kepada pihak polis pada 4 Januari tahun lalu selepas berbincang dengan rakannya di Malaysia. Hakim Julie Wager dalam penghakima­nnya menganggap kesalahan penghambaa­n dan pemerdagan­gan manusia antara jenayah paling keji, selain melanggar hak asasi manusia.

Menurutnya, mangsa terjebak dengan pelacuran dari saat tiba di Australia dan pasti merasa tidak berdaya.

Katanya, selepas mangsa membuat laporan polis, Khoo mengugutny­a dengan menghantar mesej mengandung­i maklumat keluargany­a termasuk anak perempuann­ya.

“Awak cuba menakutkan­ya supaya dia menarik balik laporannya,” katanya.

Khoo bekerja sebagai pelacur selepas datang ke Perth awal tahun 2015 dan berkawan dengan mangsa kerana membesar di kampung sama di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia