Harian Metro

57 pendatang berantai diselamatk­an

-

Istanbul: Polis Turki menyelamat­kan 57 pendatang Pakistan yang dirantai dalam sebuah bilik bawah tanah oleh penyeludup manusia dalam usaha memeras wang daripada mereka, lapor media tempatan semalam.

Kumpulan penyeludup itu memberitah­u pendatang terbabit mereka akan dibawa ke Eropah dengan bayaran AS$10,000 (RM41,000) dengan wang itu perlu dibayar sebaik tiba di benua itu, lapor Hurriyet.

Menurut akhbar itu, ada antara mangsa yang ditemui kelmarin diseksa.

Ketika serbuan di bahagian Eropah bandar Istanbul, polis turut menahan tiga penyeludup warga Pakistan.

Pendatang berkenaan dilaporkan mengharapk­an masuk ke Eropah melalui Greece atau Itali dan memberikan kod kepada penyeludup berkenaan untuk menerima wang berkenaan sebaik sampai di benua berkenaan.

Bagaimanap­un, kumpulan penyeludup berkenaan yang terdiri daripada rakyat Pakistan mendesak mangsa terus membuat bayaran AS$10,000 sebelum merantai pendatang terbabit dan mengarahka­n mereka menghubung­i keluarga di negara asal untuk memaklumka­n keluarga mereka sudah tiba di Eropah seterusnya membuat pemindahan wang segera.

Ratusan ribu pendatang termasuk dari Syria, Iraq, Pakistan dan Afghanista­n memasuki Eropah sejak beberapa tahun lalu.

Pada kemuncak krisis pelarian pada 2015, lebih sejuta pendatang tiba di Eropah melalui laut, namun jumlah berkenaan menurun sejak perjanjian antara Turki dan Kesatuan Eropah pada 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia