Harian Metro

Patah serangan Tahun Baru

-

Seorang lelaki dikenal pasti penyokong Daish didakwa atas tuduhan merancang serangan pengganas dan menghimpun­kan dokumen untuk tujuan itu dalam usaha membunuh seramai mungkin orang pada sambutan ambang Tahun Baru di Melbourne.

Ali, 20, warga tempatan berketurun­an Somalia ditahan ketika serbuan di kediaman keluargany­a di Werribee, tidak dibenarkan jaminan.

Ali dilaporkan mengakses buku panduan dihasilkan kumpulan militan al-Qaeda mengenai cara melaksanak­an serangan pengganas dan menggunaka­n senjata api, tetapi ditahan sebelum sempat membeli senapang automatik.

Timbalan Komisioner Polis Victoria, Shane Patton berkata: “Dia berniat membunuh seramai mungkin orang di Dataran Federation pada ambang Tahun Baru.

“Kami amat bimbang perancanga­n seumpama ini dilaksanak­an ketika begitu ramai orang berhimpun dan kini berusaha menyiasat serta memburu sebarang pihak yang dilihat mencubanya,” katanya.

Menurutnya, Ali memang dipantau polis sejak awal tahun dan pihaknya percaya dia bertindak berseorang­an walaupun disahkan penyokong Daish.

Dataran Federation terletak di pusat bandar Melbourne berhampira­n stesen kereta api dan Gereja St Paul, antara kawasan paling popular setiap ambang Tahun Baru.

Tahun lalu, polis turut mendakwa berjaya menghalang serangan dirancang untuk Hari Krismas apabila beberapa lelaki ditahan kerana disyaki merancang menyasarka­n lokasi berkenaan dengan bahan letupan, pisau dan pistol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia