Harian Metro

HAFIFI AKUI GAGAL DOPING

- Fadhli Ishak dan Naqib Nor Said sukanteam@nstp.com.my

 Harap hukuman dipendekka­n kurang daripada empat tahun

Walaupun Persekutua­n Angkat Berat Malaysia (PABM) masih belum membuat pengumuman rasmi tetapi atlet angkat berat negara, Hafifi Mansor mengaku dia gagal ujian doping sampel B.

Hafifi pada awalnya mengelak untuk memberikan komen berhubung isu berkenaan tetapi tidak lama kemudian, dia secara terbuka memberitah­u pihak media mengenai keputusan ujian sampel B ketika Majlis Anugerah Sukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2016, kelmarin.

“Saya pasti akan digantung, ia (keputusan) tidak memihak kepada saya,” kata Hafifi ketika ditanya mengenai ujian sampel B miliknya.

“Saya terpaksa lupakan Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia tahun depan. Harapan saya kini adalah hukuman penggantun­gan ke atas saya dapat dipendekka­n kepada kurang empat tahun.

“Saya dimaklumka­n bahawa Presiden PABM, Datuk Ong Poh Eng ketika ini berada di Amerika Syarikat untuk saingan Kejohanan Dunia dan turut membincang­kan perkara ini dengan Persekutua­n Angkat Berat Antarabang­sa (IWF).

“Dos bahan terlarang dalam badan saya agak tinggi, diharapkan beliau dapat membantu saya untuk mengurangk­an tempoh penggantun­gan,”

(gambar)

katanya.

Hafifi bagaimanap­un tetap menafikan bahawa dia pernah menggunaka­n sebarang bahan terlarang dalam kerjayanya.

Dia didapati positif menggunaka­n anabolic steroid oxymetholo­ne ketika saingan Terbuka Australia, Mac lalu tetapi keputusan mengenainy­a hanya diumumkan IWF pada Oktober lalu.

Ujian ke atas sampel B miliknya dijalankan awal bulan ini.

“Saya fikir ada sesuatu yang tidak kena, sampel diambil pada Mac dan hanya diumumkan pada Oktober. Saya tidak pernah mengambil bahan terlarang.

“Angkat berat adalah hidup saya sejak kecil lagi. Saya duduk di Bukit Jalil (Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Majlis Sukan Negara) sejak usia saya 13 tahun lagi,” katanya.

 ??  ?? AKSI Hafifi di Sukan Olimpik Rio 2016.
AKSI Hafifi di Sukan Olimpik Rio 2016.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia