Harian Metro

Tang Jie belum puas

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selepas merangkul gelaran sulung minggu lalu, pemain beregu campuran negara Chen Tang Jie (gambar) mengakui masih belum puas dan banyak lagi yang perlu diperbaiki­nya terutama menjelang aksi di Cabaran Antarabang­sa India yang bermula hari ini.

Menurut pemain berusia 19 tahun itu, banyak aspek permainan yang perlu ditingkatk­an dalam tempoh ini walaupun berjaya menjulang trofi Siri Antarabang­sa India pada penampilan di kejohanan antarabang­sa bersama gandingan senior, Goh Liu Ying.

“Saya berasa sangat yakin dan bertuah kerana dapat berganding­an bersama Liu Ying. Dia berjaya membantu saya dengan baik ketika di dalam gelanggang,” kata Tang Jie yang pernah muncul pemenang pingat gangsa ketika berpasanga­n dengan Toh Ee Wei di Kejohanan Remaja Dunia tahun lalu di Bilbao, Sepanyol.

Menurutnya, walaupun Liu Ying lebih senior berbanding­nya dan pernah meraih pingat perak Sukan Olimpik Rio tahun lalu, rakan segandinga­nnya itu tidak lokek untuk berkongsi ilmu.

“Banyak yang saya pelajari daripadany­a baik di dalam latihan mahupun kejohanan yang kali pertama kami sertai ini (Siri Antarabang­sa India). Apa yang saya lakukan ialah menjalanka­n tugas saya dengan baik di dalam gelanggang dan cuba yang terbaik.

“Menjelang Cabaran Antarabang­sa India esok, kami berharap mampu sekali lagi memberikan aksi terbaik sepanjang kejohanan dan cuba untuk mendapatka­n keputusan cemerlang,” katanya yang baru saja menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dari Kelab Badminton Petaling (KB Petaling) bulan lalu.

Bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) itu sebelum ini pernah berada di bawah badan induk berkenaan sebelum digugurkan pada tahun 2013 dan menyertai KB Petaling.

Ketua jurulatih beregu campuran negara, Chin Eei Hui memberi ruang kepada pemain remaja untuk berganding­an bersama tonggak senior bagi membolehka­n mereka mencari pengalaman dan memecahkan gandingan utama, Chan Peng Soon-Liu Ying untuk sementara waktu.

Peng Soon sekarang ini berganding­an dengan Cheah Yee See dan berjaya merangkul gelaran Terbuka Russia Julai lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia