Harian Metro

Ancaman Aravin

- Mohd Kharie Khalid khairie@bh.com.my

Khairul Hafiz Jantan perlu sentiasa konsisten dengan corak larian ketika rakan senegara, G Aravin Thevarr (gambar) sudah berkira-kira mahu mengatasi pencapaian­nya.

Mana tidaknya, Aravin menjelaska­n dia semakin ghairah memburu kejayaan selepas berjaya ‘menewaskan’ pelari pilihan - Khairul Hafiz dalam acara 200 meter di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos lalu.

Aravin melintasi garisan penamat selaku pemenang gangsa dengan catatan masa 21.26s, Ogos lalu untuk meletakkan raja pecut Asia Tenggara itu di kedudukan keempat.

Menjadi impian Aravin untuk memecahkan rekod kebangsaan dalam acara kegemarann­ya iaitu 200m yang ketika ini dipegang Khairul Hafiz dengan catatan 20.90s.

“Keyakinan saya semakin bertambah apabila dapat atasi Khairul Hafiz di KL2017. Jadi saya harap satu hari nanti dapat memecahkan rekod kebangsaan 200m miliknya.

“Selain itu saya juga akan memberi tumpuan untuk acara 200m di Sukan Asia dan saya yakin dapat berlari dengan lebih pantas.

“Apa pun saya perlu bekerja keras untuk melayakkan diri serta mendapatka­n pingat di Sukan Asia,” kata Aravin, 24.

Pencapaian peribadi terbaik milik atlet sepenuh masa itu dalam acara 200m adalah 21.04s yang dicipta di Kejohanan Balapan dan Padang Terbuka Singapura, tahun lalu.

Untuk rekod, Sukan Asia dijadual berlangsun­g di Jakarta

 Tekad atasi rekod kebangsaan 200m milik Khairul

dan Palembang, Indonesia pada 18 Ogos hingga 2 September 2018.

Ketika temasya sama di Incheon, Korea Selatan pada 2014, acara 200m dijuarai Femi Ogunode dari Qatar dengan catatan masa 20.14s.

Pingat perak milik Fahhad Mohammed Al-Subaie dari Arab Saudi (20.74s) sementara gangsa diraih Yeo Ho-suah, Korea Selatan (20.82s).

 ??  ?? HAFIZ (kanan) juara 100m lelaki Sukan SEA.
HAFIZ (kanan) juara 100m lelaki Sukan SEA.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia