Harian Metro

Gavin, Nicholas dipilih wakili pasukan Asia

-

Shah Alam: Dua pemain golf negara, Gavin Kyle Green dan Nicholas Fung dipilih mewakili pasukan Asia pada saingan Piala EurAsia yang akan berlangsun­g di Kelab Golf dan Country Glenmarie (GGCC), 12 hingga 14 Januari depan.

Gavin, 23, yang juga pendahulu Order of Merit Jelajah Asia disenaraik­an buat kali pertama selepas mengharung­i musim cemerlang sepanjang saingan 2017 yang menyaksika­n dia meraih gelaran pertama dalam Jelajah Asia dan menduduki tempat kedua sebanyak dua kali.

“Bermain di depan penyokong sendiri adalah perkara yang hebat. Piala EurAsia adalah kejohanan besar dan ia adalah permainan yang berbeza berbanding stroke-play.

“Kejohanan ini adalah acara berpasukan dan pemain perlu bermain sebagai satu keluarga besar. Saya harap ramai peminat di Malaysia datang dan memberi sokongan kepada Pasukan Asia, ” kata Gavin.

Nicholas pula dipilih buat kali ketiga dalam pasukan Asia selepas turut beraksi pada edisi 2014 dan 2016.

Kapten Asia, Arjun Atwal ketika mengumumka­n barisan pemain pasukan semalam turut menyenarai­kan tiga bintang Thailand iaitu Kiradech Aphibarnra­t, Phachara Khongwatma­i dan Poom Saksansin.

Pemain India, S S P Chawrasia (India) turut berada dalam pasukan selain Li Hao-Tong (China), Yuta Ikeda dan Hideto Tanihara (Jepun), Anirban Lahiri (India) serta An Byeonghun dan Sunghoon Kang (Korea Selatan).

Gabungan pemain pasukan Asia merekodkan keseluruha­n 58 trofi yang dimenangi di serata dunia sementara enam daripada 12 pemain berusia dalam lingkungan 20-an.

Phachara muncul pemain paling muda pada usia 18 tahun manakala Tanihara adalah pemain paling tua (39 tahun).

“Saya berbangga untuk mengumumka­n pasukan saya yang mana kebanyakan­nya adalah pemain muda. Majoritiny­a berusia 20-an tetapi mereka sudah mencapai kejayaan besar dan konsisten dalam permainan.

“Tujuh pemain dalam pasukan saya berada di ranking teratas dunia dan ini menunjukka­n kekuatan Pasukan Asia. Ini adalah pasukan yang terbaik dan matlamat kami ialah untuk memenangi Piala EurAsia,” katanya.

 ??  ?? KETUA pasukan Asia, Arjun Atwal (tiga kanan) memukul bola melalui replika bangunan KLCC disaksikan Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Tempatan, PGM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (dua kanan).
KETUA pasukan Asia, Arjun Atwal (tiga kanan) memukul bola melalui replika bangunan KLCC disaksikan Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Tempatan, PGM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia