Harian Metro

Prima Riders janji menyengat

- Faliq Lajim am@hmetro.com.my

Shah Alam: Pasukan dari Bukit Beruntung menjanjika­n saingan sengit dalam Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2017 (HM MTBGP) yang akan berlangsun­g di Sungai Buaya, Sabtu ini.

Ia berikutan kebanyakan mereka sudah terbiasa dan banyak melakukan persiapan dalam menghadapi perlumbaan di laluan berkenaan.

Pasukan yang akan memberi saingan itu antaranya Prima Riders Cycling Club

(gambar).

Ketua pasukanya, Rosdan Ramli, 41, berkata tujuh pelumbanya akan berhempas pulas untuk memberikan yang terbaik dalam kategori Terbuka Lelaki.

“Dalam menghadapi acara berprestij­i ini, kami banyak membuat persediaan fizikal dan mental dengan menjalani latihan secara berkala setiap minggu.

“Persiapan itu penting berikutan laluan trek Sungai Buaya bukan calang laluan. Ia trek yang berada dalam kategori mencabar apatah lagi ketika cuaca tidak menentu. Jika hujan, perlumbaan ini akan semakin mencabar,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, walaupun trek itu mencabar, dia merasai kepuasan ketika merentasin­ya berikutan keindahan persekitar­annya.

Kata Rosdan, dia dan pasukanya hanya fokus untuk menghabisk­an perlumbaan dan cuba melakukan yang terbaik untuk menempatka­n diri atas podium.

“Siapa yang tidak mahu menang dan ia rezeki jika memperoleh­nya. Namun, apa yang penting kami mahu menghabisk­an perlumbaan itu terlebih dulu.

Sementara itu, dia mengakui perlumbaan berkenaan bukan hanya memerlukan latihan secara fizikal dan mental.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia