Harian Metro

Azmi, Yong Ilyani jagoan Pusaka Ultimate Fight

- Rudy Syareme Sheriffudi­n sukanteam@nstp.com.my

Georgetown: Peserta Wong Ser Warrior dari Gurun, Kedah Yong Ilyani Farziha Abd Ghapar muncul juara kategori wanita Pusaka Ultimate Fight 2017 yang diadakan di Kompleks Bukit Jambul di sini semalam. Yong Ilyani, 25, mengalahka­n peserta, Noor Azlina Osman dari Pertubuhan Belia Liga Muslim Warrior (PBLMW) dalam pusingan kedua sekali gus membawa pulang wang tunai, trofi dan sijil penyertaan.

Bagi kategori lelaki pula, peserta PBLMW, Azmi Ismail muncul juara selepas menumpaska­n wakil Zarul The Seario dari Lekir Fight Team dalam kiraan knockout.

Bagi Yong Ilyani, persiapan dua bulan mempraktik­kan teknik serangan bagi mencuri mata ternyata membawa tuah kepadanya. Menurutnya, minat mendalam dalam sukan mempertaha­nkan diri ternyata memberi kelebihan kepadanya untuk membuktika­n kemampuan sebenar sebagai wanita.

“Seni mempertaha­nkan diri mampu dikuasai semua lapisan kaum atau jantina malah perlu berusaha gigih untuk capai kejayaan.

“Saya cukup bangga kerana berjaya mengalahka­n Noor Azlina pada kejohanan kali ini biarpun sebelum ini dia pernah muncul juara pada tahun lalu,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Bagi Azmi pula, kemenangan itu berkat sokongan ibu tercinta yang turut hadir memberikan dorongan selain gembira kerana tuah menyebelah­inya pada tahun ini.

“Peluang capai kemenangan sebenarnya 50-50 namun taktik serangan tepat berjaya mencuri mata. Kesilapan pihak lawan beberapa kali ternyata memberi kelebihan kepada diri saya untuk mendapat mata demi mata dan mengesahka­n kemenangan,” katanya.

Hadir sama Yang Dipertua Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia, Raja Abdul Majid Raja Mat Isa, pengasas Pusaka Ultimate Fight, Shamsulput­ra Abd Majid dan pengerusi penganjur Pusaka Ultimate Fight 2017, Noor Mohamed SPK Abdullah. Sementara itu, Noor Mohamed berkata, pihaknya melahirkan rasa bangga dengan kehadiran lebih 150 peserta dari seluruh kelab seni mempertaha­nkan diri termasuk Singapura dan Thailand pada kejohanan tahun ini.

Beliau berkata, kejohanan edisi ke-7 itu dianjurkan Pertubuhan Belia Liga Muslim Pulau Pinang (PBLMPP) buat pertama kalinya diadakan di Pulau Pinang.

Katanya, matlamat utama menarik golongan muda menyertai sukan mempertaha­nkan diri tercapai selain mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Kementeria­n Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.

“Pada kejohanan tahun ini, 11 kategori dipertandi­ngkan dengan 70 perlawanan bagi merebut kejuaraan bagi setiap kategori,” katanya.

 ??  ?? AZMI (kiri) dan Yong IIyani Farziha bersama trofi yang dimenangi dalam Kejohanan Pusaka Ultimate Fight 2017 di Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang.
AZMI (kiri) dan Yong IIyani Farziha bersama trofi yang dimenangi dalam Kejohanan Pusaka Ultimate Fight 2017 di Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia