Harian Metro

Lima digantung seumur hidup

-

Berlin: Lima lagi atlet Russia yang bertanding di Olimpik Musim Sejuk Sochi pada tahun 2014, digantung seumur hidup akibat doping semalam, dengan Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC) berkata, bekas ketua anti doping Russia yang kini menjadi pemberi maklumat, bercakap benar.

Antara atlet yang digantung termasuk Dmitrii Trunenkov dan Aleksei Negodailo, kedua-duanya berada dalam skuad emas luncur bobsleigh empat sepasukan, serta pemenang pingat perak acara biathlon berganti-ganti Yana Romanova dan Olga Vilukhina, yang turut memenangi perak acara 7.5 kilometer.

Penggantun­gan terbaru itu menjadikan keseluruha­n 19 atlet Russia daripada temasya berkenaan digantung seumur hidup, dengan IOC membatalka­n keputusan-keputusan berikutan penularan kes doping atlet-atlet Russia yang bertanding di Olimpik Sochi.

IOC turut mendedahka­n punca mereka mengenakan hukuman gantung seumur hidup ke atas atlet pertama Russia yang disabitkan kesalahan dalam siasatan berkenaan – juara merentas desa Alexander Legkov.

IOC berkata, terbukti Legkov antara watak penting yang terbabit dalam skim mengganggu sampel atlet-atlet Russia di Sochi.

Badan induk Olimpik itu dalam proses menguji semula sampel-sampel atlet Russia daripada temasya itu selepas bekas ketua makmal anti-doping di Moscow, Grigory Rodchenkov mendedahka­n terdapat usaha menutup keputusan-keputusan positf atlet mereka.

“Badan Disiplin IOC membuat kesimpulan, tidak kira apa punca dan kesalahan yang mungkin dilakukann­ya sebelum ini, Rodchenkov bercakap benar ketika dia menerangka­n tentang skim yang diuruskann­ya itu,” kata IOC. – Reuters

 ??  ?? TRUNENKOV (dua dari kanan) dan Negodailo (dua dari kiri) dalam skuad emas luncur bobsleigh empat sepasukan digantung akibat doping.
TRUNENKOV (dua dari kanan) dan Negodailo (dua dari kiri) dalam skuad emas luncur bobsleigh empat sepasukan digantung akibat doping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia