Harian Metro

Gattuso terajui Milan

- AFP

 Bekas tonggak pertahanan Itali mampu lonjak semula pasukan

Gergasi Itali yang ‘tidur’ AC Milan melantik bekas pertahanan kentalnya, Gennaro Gattuso selaku jurulatih baru kelab itu, hari ini selepas memecat Vincenzo Montella susulan permulaan mengecewak­an musim ini.

Juara Eropah tujuh kali itu melepaskan Montella selepas Milan meraih keputusan seri tanpa jaringan menentang Torino, kelmarin yang meninggalk­an mereka di tangga ketujuh Serie A dan ketinggala­n 18 mata di belakang pendahulu Napoli.

Kelab yang dimiliki hartawan China itu kemudian memilih Gattuso, 39 yang dilabel legenda di kelab berkenaan tetapi memiliki pengalaman yang kurang dalam arena kejurulati­han.

Milan berterima kasih kepada Montella atas usahanya dan berkata dalam satu kenyataan: “Pengurusan pasukan utama kini diamanahka­n kepada Gennaro Gattuso.”

Gattuso secara keseluruha­n melakukan 468 penampilan buat AC Milan di antara 1999 hingga 2012 dan dikenali sebagai

(gambar)

pertahanan tengah yang keras serta diberi jolokan “Rino” atas gaya permainann­ya yang gemar menyumpah dan ‘ganas’.

Dia menjuarai dua gelaran Serie A serta dua kejuaraan Liga Juara-Juara bersama Milan.

Gattuso juga menjadi antara tonggak skuad kendalian Marcello Lippi ketika Itali menjulang Piala Dunia pada 2006 di Jerman dan disenaraik­an dalam kesebelasa­n terbaik kejohanan.

AC Milan gagal menamatkan saingan liga di kedudukan enam teratas dalam empat musim sebelum ini tetapi pemilik kelab dari China, Li Yonghong menyuntik dana AS$270 juta (RM1.11 bilion) untuk berbelanja pada jendela perpindaha­n musim panas.

Leonardo Bonucci tiba dari Juventus dengan harga 39 juta euro (RM191.1 juta) membuka mata ramai pengkritik selain kehadiran pemain Portugal, Andre Silva dari FC Porto dan Hakan Calhanoglu dari Bayer Leverkusen.

Begitupun dengan semua peningkata­n yang dibuat, Montella gagal meletakkan kelab yang dianggap permata bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi itu selaku pencabar dan meninggalk­annya selepas 17 bulan berada di San Siro.

Tekanan kini pasti terletak di bahu Gattuso yang sebelum ini sentiasa mencetus kontrovers­i antaranya menampar penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovi­c yang ketika itu beraksi bersama Ajax.

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN AC Milan Patrick Cutrone (kiri) bergasak dengan pemain FC Torino pada Ahad lalu.
PEMAIN AC Milan Patrick Cutrone (kiri) bergasak dengan pemain FC Torino pada Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia