Harian Metro

CONTE CABAR HAZARD

- AFP

 Pengendali Blues mahu penyerang itu bantu kelab rapat jurang dengan City

London

Pengendali Chelsea Antonio Conte mencabar Eden Hazard untuk memainkan peranan utama dalam usaha penyandang juara itu merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris Manchester City apabila berdepan Swansea City awal pagi esok.

Selepas sekadar seri 1-1 di Liverpool Sabtu lalu, Chelsea kini ketinggala­n 11 mata di belakang skuad kendalian Pep Guardiola.

Jika skuad bimbingan Conte mahu terus berpeluang untuk mengejar City, mereka perlu mencatat deretan kemenangan luar biasa yang melonjak mereka menjadi juara musim lalu.

Kunci kepada harapan Chelsea mengulangi pecutan juara itu terletak pada perancang Belgium, Hazard yang dilihat sudah kembali menemui rentak asalnya selepas dibelenggu kecederaan pada awal musim.

Hazard cemerlang berganding­an dengan Alvaro Morata di Anfield dan Liverpool tampak bergelut untuk mengekang kelicikann­ya.

Pemain 26 tahun itu sering turun ke bahagian tengah untuk mengawal permainan dan

Conte merasakan keupayaann­ya bermain di beberapa posisi memberikan dimensi baru buat Chelsea.

“Permulaan musim ini penuh dugaan buat Eden apabila dia mengalami kecederaan bersama pasukan kebangsaan dan kami memulakan musim tanpanya,” kata Conte.

“Sekarang saya rasa Eden berada pada prestasi terbaik dan pada pendapat saya, dia juga menyukai peranannya sebagai penyerang. Gandingan dengan Alvaro cukup baik dan saya rasa ia peluang terbaik untuk bermain dengan dua sistem berbeza.”

Chelsea dijangka tidak bermasalah mengutip tiga mata penuh daripada Swansea kendalian Paul Clement, yang hadir ke Stamford Bridge sebagai pasukan di tangga kedua tercorot selepas mengharung­i lima perlawanan terakhir tanpa kemenangan.

“Bukan rahsia lagi yang pasukan kini hilang keyakinan, tetapi semangat juang tetap tinggi dan kami bermain dengan baik,” kata

Clement.

“Saya jangka kami akan berada di posisi lebih baik daripada sekarang.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia