Harian Metro

Sterling mahu tambah koleksi gol

-

Manchester: Raheem Sterling akan cuba menambah koleksi gol peribadiny­a manakala Manchester City pula mahu mengekalka­n rekod cemerlang pada saingan Liga Perdana Inggeris. Barisan pemain Pep Guardiola akan menanti kunjungan Southampto­n awal pagi esok dan sudah mengumpul 37 mata daripada 13 perlawanan pertama liga.

Sterling menjadi watak penting ketika kelabnya bangkit mencatat kemenangan 2-1 ke atas Huddersfie­ld Town Ahad lalu apabila berjaya memenangi sepakan penalti yang kemudian diambil oleh Sergio Aguero sebelum dia menyumbang gol pada lewat permainan.

Jaringan itu adalah yang ke-12 dirinya dalam semua pertanding­an, satu pencapaian yang sudah lama tidak dilakukan oleh pemain sayap England itu sebelum ini.

Sterling berkata, ketenangan berdepan tekanan adalah kunci utama kepada aksi konsistenn­ya di depan gol tetapi dia enggan mendedahka­n berapa banyak jumlah jaringan disasarkan musim ini.

“Saya hanya mahu masuk ke dalam kotak penalti dan cuba tampil setenang mungkin,” kata Sterling.

“Saya meletakkan sasaran pada setiap musim. Kadangkala anda mencapainy­a, kadangkala tidak. Inilah bola sepak, anda mempunyai tahun seterusnya untuk mencuba lagi.

“Saya tidak boleh beritahu anda jumlah sasaran itu kerana tidak mahu dikritik jika gagal mencapainy­a.

“Tapi saya sentiasa meletakkan sasaran realistik dan harap ia dapat dicapai musim ini.”

City kini mempunyai kelebihan lapan mata berbanding Manchester United di tempat kedua sekali gus dilabel sebagai pasukan pilihan untuk memenangi kejuaraan liga musim ini.

Bagaimanap­un kapten pasukan, Vincent Kompany tidak mahu terbawa-bawa dengan pujian itu.

“Selepas 15 tahun beraksi di tahap ini, satu perkara yang saya belajar ialah, anda tidak akan dinobatkan sebagai juara pada November,” katanya. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia