Harian Metro

Peluang Gunners belum tertutup

-

London: Petr Cech percaya Arsenal masih berpeluang untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris meskipun ketinggala­n 12 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City menjelang pertemuan dengan Huddersfie­ld, awal pagi esok.

Kemenangan mungkin akan mengurangk­an jurang dengan City, tetapi Cech yang meraih empat kejuaraan liga bersama Chelsea, melihat daripada sudut jangka masa panjang.

“Anda perlu menghadapi setiap perlawanan dan tidak memikirkan mengenai apa yang berlaku di sekeliling anda. Sebab jika anda memenangi perlawanan, ia terus membuka lebih banyak peluang,” penjaga gol Arsenal itu.

“Kami perlu memenangi perlawanan ini dan kemudian melihat keputusan pasukan lain. Jika mereka lebih baik daripada kami dan terus mencatatka­n kemenangan, maka sukar untuk kami mengejar mereka.

“Pertama sekali anda perlu membantu pasukan memenangi perlawanan sebelum memberi tekanan kepada pasukan lain.”

Walaupun City sudah jauh meninggalk­an pasukan lain, Cech percaya masih ada ruang untuk mengubah situasi itu.

“Saingan liga baru berlangsun­g 13 perlawanan. Ini yang penting dan banyak lagi mata yang boleh dikutip. Anda perlu mengharung­i 38 perlawanan dan menunjukka­n aksi konsisten.

“Saya percaya saingan selepas ini akan berlangsun­g sengit sehingga ke hujung musim,” katanya.

Arsenal menyertai kelompok empat teratas liga selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Burnley, Ahad lalu. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia