Harian Metro

Klopp gilir pemain

- AFP

 Rela hilang mata, elak bintang utama tercedera

Jurgen Klopp (gambar) akan terus menggilirk­an pemain-pemain Liverpool terutama dalam tempoh padat Liga Perdana Inggeris walaupun langkah itu menyaksika­n mereka tercicir mata ketika bertemu Chelsea dan Sevilla.

Georginio Wijnaldum, Roberto Firmino dan Sadio Mane antara nama besar yang berada di bangku simpanan ketika keputusan seri 1-1 menentang anak buah Antonio Conte Sabtu lalu, dengan Alex Oxlade-Chamberlai­n serta James Milner diberi peluang mengisi kesebelasa­n utama, manakala Mohamed Salah yang berada pada prestasi terbaik, mengekalka­n posisinya.

“Kami ada dua kecederaan kecil dengan Emre Can dan Dejan Lovren,” kata Klopp yang skuadnya akan bertemu Stoke City awal pagi esok. “Itu saja. Ia bukan tanda keletihan atau apa-apa yang lain, tetapi langkah terbaik untuk melakukan pertukaran.

“Sebenarnya, anda hanya perlu memilih daripada pemain yang cergas. Berdasarka­n rentak permainan beberapa minggu kebelakang­an, kami perlu mempertimb­angkannya.

“Kami berlari 120 minit pada perlawanan terakhir, dan ia amat tegang, Roberto terbabit sepanjang permainan. Mo bermain lebih sedikit tetapi Sadio cedera, jadi perkara sebegini perlu difikirkan.

“Semuanya berkenaan membentuk pasukan untuk perlawanan tertentu. Ox berhak mendapat setiap minit dia berada di atas padang, dan Daniel Sturridge juga berhak.”

Salah berada pada prestasi memberangs­angkan dengan 15 gol dijaringka­n dalam 20 perlawanan pertamanya bersama kelab, dan Liverpool diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk menang di Potteries.

Pengendali

Stoke, Mark Hughes percaya penyokong kelab yang kecewa dengan persembaha­n pasukan perlu melihatnya dengan perspektif berbeza.

Penyokong mengkritik persembaha­n pasukan di sosial media selepas kekalahan 2-1 di Crystal Palace Sabtu lalu. Namun Hughes, yang skuadnya kini di tangga ke-15 liga, tiga mata di atas zon penyingkir­an, mahu mereka menilai tanpa faktor emosi.

“Apabila anda mensia-siakan kedudukan di depan atau peluang untuk menang, kadang kala emosi membayangi persepsi yang tepat untuk permainan,” kata Hughes.

“Saya tidak rasa kami melakukan banyak perkara yang salah. Banyak perkara negatif menyelubun­gi pasukan sejak awal musim dan ia hanya akan hilang dengan kemenangan.”

 ??  ?? FIRMINO direhatkan ketika menentang Chelsea.
FIRMINO direhatkan ketika menentang Chelsea.
 ??  ?? SALAH (kanan) pamer aksi konsisten di bahagian serangan Liverpool.
SALAH (kanan) pamer aksi konsisten di bahagian serangan Liverpool.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia