Harian Metro

Enggan berganjak

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Biarpun mendapat tawaran beberapa pasukan lain, namun kapten Negeri Sembilan, Mohd Nasriq Baharom

membuat keputusan untuk terus kekal bersama pasukan itu bagi mengharung­i saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, kesetiaann­ya untuk bersama skuad Hobin Jang Hobin masih menebal biarpun tidak dapat membantu pasukan itu naik ke saingan Liga Super seperti mana yang disasarkan pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS).

“Sebaik kontrak musim ini tamat, saya ditawarkan PBNS untuk menandatan­gani kontrak baru bagi musim depan dan selepas memikirkan semasak-masaknya, saya bersetuju untuk terus

(gambar)

kekal semusim lagi.

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor antaranya pengurusan pasukan yang cekap selain aspek kebajikan terhadap pemain dan pandangan keluarga.

“Walaupun diakui, saya dan rakan sepasukan gagal membawa Negeri Sembilan layak ke saingan Liga Super musim depan seperti mana yang ditetapkan, tetapi peluang yang diberikan oleh pihak PBNS, tidak harus saya ketepikan,” katanya.

Mohd Nasriq mula menyarung jersi Negeri Sembilan pada 2016 selepas berpindah daripada pasukan FELDA United FC dan kontrak baharu itu bermakna dia akan memasuki tahun ketiga bersama skuad Rusa.

Dia yang beraksi di posisi pertahanan diberikan tanggungja­wab berat selaku kapten bermula musim 2017 oleh pengendali Mohd Asri Ninggal yang dibantu Pengarah Teknikal, Jorg Steinebrun­ner.

Mengulas mengenai kedudukan

Mohd Nasriq setia bersama skuad Hobin Jang Hobin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia