Harian Metro

Penolakan PBNP beri kesan pada FAM

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhak mengambil tindakan ke atas Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) kerana menolak tawaran beraksi di Piala AFC tahun depan.

Bekas Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad berkata, tindakan Pahang itu dilihat boleh memberi kesan terhadap reputasi FAM khususnya di mata Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC).

Malah, Redzuan menyifatka­n keputusan Pahang menolak tawaran itu juga menimbulka­n persoalan kerana mereka hanya menjelaska­n alasan untuk memberi tumpuan kepada saingan liga tempatan.

“Bagi saya ia masih menjadi persoalan kenapa Pahang enggan sertai kejohanan itu. Jika alasan ingin fokus kepada liga tempatan, pasukan lain yang sertai Piala AFC pun ada liga tempatan juga.

“Kita bimbang keputusan Pahang itu boleh menyebabka­n kemungkina­n AFC mengenakan tindakan termasuk Negeri Sembilan yang berkemungk­inan berpeluang dapat beraksi di Liga Super musim 2018, pemain berpengala­man kelahiran

Kuala Selangor itu berkata, pihaknya amat gembira jika benar apa yang disebarkan pihak media.

Menurutnya, niat asalnya ketika mula bersama pasukan itu adalah untuk membantu mencapai impian berkenaan tetapi masih gagal apabila musim

2017 sekadar menamatkan saingan Liga Perdana di tempat keempat.

“Jika benar Negeri Sembilan dapat beraksi di Liga Super musim depan, ia adalah rezeki dan secara peribadi, saya amat bersyukur.

“Namun, jika pasukan terus kekal beraksi di Liga Perdana, saya berharap kami dapat membentuk pasukan yang lebih mantap musim 2018, bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai,” katanya. tidak bagi peluang untuk wakil Malaysia sertai Piala AFC pada masa akan datang.

“Malah ia juga akan memberi impak kepada FAM dan bagi saya badan induk itu berhak mengambil tindakan sewajarnya ke atas Pahang,” katanya semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John menjelaska­n satu slot untuk wakil Malaysia akan hangus sekiranya Pahang bertegas menolak tawaran beraksi pada kejohanan peringkat Asia itu.

Pahang yang dipilih sebagai pengganti Kedah bagi mengisi slot itu selepas Helang Merah gagal mendapatka­n lesen AFC mempunyai tempoh sehingga Khamis ini untuk membuat keputusan muktamad terhadap tawaran berkenaan.

Dalam pada itu, Redzuan turut menasihatk­an PBNP membuat pusingan ‘U’ dengan menyertai Piala AFC bagi mengelak lebih banyak masalah yang akan timbul selepas ini.

“Kalau susah sangat Pahang boleh hantar skuad kedua. Kita juga selalu cakap nak bagi pendedahan kepada pemain dan inilah masanya,” tambah Ridzuan.

 ??  ??
 ??  ?? SKUAD Pahang tolak tawaran beraksi di Piala AFC.
SKUAD Pahang tolak tawaran beraksi di Piala AFC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia