Harian Metro

Tunggu lima tahun

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

 Redzuan anggap tak adil harap kejayaan besar dibawa Tunku Ismail dalam tempoh kurang setahun

Desakan meminta Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dianggap sebagai tidak adil dan boleh memburukka­n lagi imej badan induk kebangsaan itu.

Perkara itu disuarakan bekas Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad yang menyifatka­n sukar untuk mana-mana presiden persatuan bola sepak memberi kejayaan kepada pasukan dalam tempoh tidak sampai setahun berkhidmat. Kuala Lumpur: Penyerang muda Kedah, Syafiq Ahmad

terpaksa melupakan perancanga­n bulan madu sebaliknya akan kembali memberi tumpuan kepada latihan bersama skuad Bawah 23 Tahun (B-23) yang bakal menghadapi Kejohanan Piala Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23, di China, pada 9- 27 Januari depan.

Syafiq, 22, yang baru mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya, Nor Amalina Norain, 22, pada 23 November lalu berkata, dia akan melaporkan diri ke kem latihan kendalian Datuk Ong Kim Swee pada 7 Disember ini.

“Buat masa ini saya perlu tangguhkan niat hendak berbulan madu. Datuk Ong (Kim Swee) pun sudah menelefon saya semalam bertanya bila saya nak lapor diri.

“Saya minta cuti seminggu lagi kerana majlis perkahwina­n di sebelah pihak saya di Sungai Ara, Pulau Pinang akan berlangsun­g pada hujung minggu ini. Beliau beri saya cuti sehingga 6 Disember.

(gambar)

Katanya, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) memerlukan sekurang-kurangnya lima tahun untuk memperbaik­i segala kelemahan dan kerosakan yang melanda badan induk berkenaan.

“Kita boleh katakan kapal FAM sekarang ini sedang berlayar dan pada masa sama ia juga sedang diperbaiki. Jadi, nakhoda (TMJ) masih diperlukan untuk menuju ke destinasi yang betul dan tak nak ia karam di tengah jalan.

“Jadi, kalau kita nak tengok hasil perubahan yang cuba dilakukan TMJ, ia memerlukan masa dan semua pihak perlu bersabar kerana bola sepak kita sudah jauh ketinggala­n.

“Kritikan itu biasa bagi mana-mana presiden. Tapi, kalau belum sampai setahun bertugas sudah suruh letak jawatan, ia memang tidak adil buat mana-mana individu, bukan saja untuk TMJ,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam, Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dilaporkan meminta TMJ kembali memberi fokus 100 peratus kepada projek kelab dan menikmati segala kejayaan yang sudah dicapai.

Malah, berita itu mendapat pelbagai reaksi daripada penyokong Harimau Malaya termasuk ada yang mendesak TMJ melepaskan jawatan sebagai Presiden FAM dan ada juga yang mahu beliau kekal di kerusi panas itu.

Selain itu, Redzuan turut mengakui kebanyakan pihak hanya menilai kemampuan Presiden FAM terhadap keputusan skuad senior Harimau Malaya tanpa melihat kejayaan skuad bola sepak bawah 16 tahun (B-16), B-19 dan B-23 serta skuad futsal negara yang

Bahru: sudah mara ke pusingan akhir kejohanan AFC tahun depan.

“Memang kebanyakan orang hanya fokus kepada pasukan senior untuk mencapai tahap yang boleh dibanggaka­n, tapi tidak sedar jurang kita terlampau jauh kalau nak dibandingk­an dengan pasukan Asia terutama Korea Selatan, Jepun dan Arab Saudi.

“Malah, mereka (Korea Selatan, Jepun dan Arab Saudi) juga tidak tidur dan sentiasa berusaha untuk meningkatk­an prestasi skuad kebangsaan mereka.

“Jadi, kita yang ketinggala­n jauh di belakang ini pasti perlukan masa dan usaha yang berlipat ganda untuk menyamai mereka,” katanya

 ?? FOTO: MOHD AZREN JAMALUDIN ?? TUNKU Ismail (tengah) bersama Vincent Lee (dua dari kiri) pada sidang media selepas majlis menandatan­gani MoU antara Ampersand Sport, semalam
FOTO: MOHD AZREN JAMALUDIN TUNKU Ismail (tengah) bersama Vincent Lee (dua dari kiri) pada sidang media selepas majlis menandatan­gani MoU antara Ampersand Sport, semalam
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia