Harian Metro

Tarik diri jika TMJ undur

-

Pengerusi Ampersand Sports Sdn Bhd, Tan Sri Vincent Lee Fook Long secara terbuka mendedahka­n bahawa beliau akan menarik diri sebagai agensi yang memegang hak eksklusif mencari penajaan bagi saingan Liga Malaysia seandainya Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan jawatannya di dalam badan induk bola sepak negara itu.

Vincent Lee berkata, pembabitan syarikat berkenaan untuk membantu Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) adalah kerana yakin dengan kredibilit­i dan visi Tunku Ismail yang bersungguh-sungguh mahu memajukan bola sepak tempatan.

“Sekiranya Tunku Ismail berundur dalam tampuk pemerintah­an bola sepak negara ini, kami juga sedia untuk menarik diri. Apa pun kami percaya dengan perjanjian yang dimeterai ini, kami akan terus membantu FMLLP dan juga FAM bagi membantu Tunku Ismail menaikkan imej bola sepak tempatan.

“Pihak kami komited dalam membawa lebih nilai komersil kepada FMLLP dan status Liga Malaysia (Liga M) dalam penajaan dan kami akan berusaha untuk beri yang terbaik dalam pembanguna­n bola sepak tempatan.

“Sebenarnya, kami tidak mengikuti rapat mengenai bola sepak tempatan, namun mula tertarik untuk mengambil bahagian selepas teruja dengan misi dan visi Tunku Ismail dalam memajukan bola sepak negara,” katanya.

Vincent Lee berkata, syarikat miliknya mempunyai teknologi dan kepakaran untuk mengembang­kan sumber tajaan sebagaiman­a yang dilakukan di beberapa liga luar seperti Indonesia.

Katanya, syarikatny­a sudah mengenal pasti 10 hingga 12 pihak penaja yang bersedia untuk penaja dalam saingan Liga M pada musim depan namun masih belum boleh mendedahka­nnya dalam masa terdekat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia