Harian Metro

Thanabalan tak sabar menggegar di China

- Mohd Amin Jalil sukanteam@nstp.com.my

Seremban: Penyerang muda sensasi skuad bawah 22 tahun (B-22), N Thanabalan bertekad mengulangi aksi cemerlangn­ya ketika mengharung­i Kejohanan Piala AFC B-23, di China bermula 9 Januari depan.

Pemain muda Negeri Sembilan itu berkata, fokusnya ketika ini adalah untuk meningkatk­an prestasi terbaiknya bagi memastikan kedudukann­ya dalam skuad tidak tergugat.

Katanya, biarpun kebelakang­an ini tiada sebarang perlawanan kompetetif yang diharungi selepas bersama FELCRA FC menamatkan kempen Piala FAM 2017, namun tahap kecergasan­nya perlu sentiasa diberi perhatian.

“Ketika ini, saya sedang menjalani latihan bersama skuad B-22 di bawah pengendali Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi Kejohanan AFC B-23 di China, Januari depan.

“Sasaran saya pada kejohanan itu nanti adalah untuk mengulangi aksi cemerlang di Sukan SEA, Ogos lalu, bagi membantu pasukan memenangi setiap perlawanan dan seterusnya mara sejauh mungkin di kejohanan berprestij itu nanti.

“Justeru, saya akan terus fokus kepada usaha meningkatk­an lagi prestasi terutama dari aspek ketajaman penyudah kerana saingan itu nanti lebih mencabar serta membabitka­n banyak pasukan handalan Asia.

“Apa pun, saya yakin dan percaya dapat melakukan persembaha­n terbaik menerusi latihan dan persiapan rapi pasukan ketika ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelibat Thanabalan mula mencuri tumpuan ketika membantu skuad B-22 negara mara ke pentas final temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos lalu apabila dia menjaringk­an gol tunggal ketika Malaysia membenam Indonesia di separuh akhir.

Pemain kelahiran Rantau, Negeri Sembilan itu yang bakal kembali bersama skuad Hobin Jang Hobin bagi mengharung­i saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2018 berkata, dia akan memastikan khidmatnya terus ditagih pasukan negara.

“Saya mahukan mencapai sesuatu yang lebih baik dan peluang terbaik adalah pada kejohanan di China itu nanti. Saya mahu memastikan pasukan negara dapat memberikan saingan dan seterusnya melakar kejayaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia