Harian Metro

J Enam minggu ‘asah kuku’

- Devinder Singh devinder@nstp.com.my

urulatih skuad bawah 22 tahun negara (B-22), Datuk Ong Kim Swee akan menggunaka­n baki enam minggu sebelum bermulanya Kejohanan Bawah 23 Tahun AFC di China bagi memastikan pemainnya dalam keadaan terbaik bagi pasukannya.

Selepas 27 pemain yang dipanggil ke dalam skuad hadir dengan pelbagai peringkat kecergasan, Kim Swee berkata, ia memerlukan lebih kurang seminggu bagi semua orang untuk mencapai tahap optimum.

Hanya tiga pemain yang masih belum melapor diri dalam kem latihan berikutan beberapa alasan dan Kim Swee menegaskan bahawa beliau tidak akan mengambil ringan masalah disiplin dalam merencana strategi permainan pada kejohanan itu.

Malaysia akan bertemu Iraq, Jordan serta Arab Saudi dalam Kumpulan C pada 10-16 Januari ini dan Kim Swee mahu pemainnya bersedia berdepan semua cabaran.

“Semua bahagian perlu bekerja. Saya tidak katakan kepada penjaga gol sahaja, pertahanan, pemain tengah atau penyerang. Perkara paling penting adalah apabila kami ke China, kami mempunyai 23 pemain yang sanggup bekerja keras,” kata Kim Swee di Wisma FAM, semalam.

“Anda boleh mempunyai teknik yang sangat bagus, tapi jika anda tidak bekeja keras dan berdisipli­n, memang tidak ada peluang. 23 pemain yang dipilih mestilah bagus dalam semua perkara, terutama sekali disiplin di dalam dan luar padang.

“Saya berharap pemain akan mengambil ini sebagai cabaran dan membuktika­n kemampuan mereka dan dengan semangat dan disiplin, kemudian kita akan dapat keputusan.”

Kim Swee sudah mempunyai perancanga­n untuk memastikan pemainnya kekal cergas menjelang perlawanan persahabat­an pertama menentang Petaling Jaya Rangers pada 9 Disember ini dengan memecahkan pemain kepada dua kumpulan.

“Ini baru hari kedua kami bersama dan untuk menilai pemain, saya perlukan sekurang-kurangnya seminggu dan selepas perlawanan persahabat­an,” kata Kim Swee yang membawa pasukan itu memenangi pingat perak Sukan SEA di Kuala Lumpur, Ogos lalu.

 Kim Swee mahu pemain fokus latihan hadapi Kejohanan B-23 AFC di China

 ?? FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR ?? KIM Swee (kiri) ketika mengendali­kan kem latihan pusat skuad B-23 di Wisma FAM, semalam.
FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR KIM Swee (kiri) ketika mengendali­kan kem latihan pusat skuad B-23 di Wisma FAM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia