Harian Metro

‘RAKIT BALAK’

Taktik pengusaha haram patah di Sungai Rajang

- Alif Amal Azahari am@hmetro.com.my

Pembalak haram dikesan mengikat dan mengapungk­an balak seakan rakit dalam sungai bagi mengaburi mata pihak berkuasa dalam satu serbuan di Sungai Rajang, dekat Nanga Beguang, di sini, kelmarin.

Operasi dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Song jam

3.30 petang itu membawa kepada rampasan 83 balak dipercayai dalam proses dibawa keluar dari kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerah Song Deputi Superinten­dan Azhar Abu Bakar berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan awam mengenai aktiviti pembalakan haram di kawasan berkenaan.

Menurutnya, sebaik pasukan BSJ, IPD Song tiba ke lokasi, pihaknya menemui balak pelbagai saiz dan spesies itu diikat dan diapungkan dalam sungai.

“Polis menemui dua longgok balak yang diikat menjadi rakit di kawasan tebing sungai berkenaan dan hanya menunggu masa untuk diseludup keluar dari kawasan berkenaan.

“Sejumlah 83 kayu balak pelbagai jenis dan saiz yang dianggarka­n bernilai RM70,000 dirampas dalam serbuan itu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Azhar berkata, pemeriksaa­n lanjut mendapati balak itu ditebang secara tidak sah kerana tiada sebarang tanda rasmi dari Jabatan Hutan Sarawak (JHS) ditemui pada balak berkenaan.

“Dalam serbuan tiada individu yang ditahan. Semua balak yang dirampas diserahkan kepada JHS Wilayah Sibu untuk tindakan lanjut.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 90 Ordinan Perhutanan Sarawak 2015,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN balak yang dirampas polis.
SEBAHAGIAN balak yang dirampas polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia