Harian Metro

Pura-pura dah buat bayaran

-

Miri: Bukan hanya mengambil pakaian, seorang lelaki didapati turut mencuri seluar dalam di sebuah pasar raya di Jalan Miri-Pujut, di sini, sebelum dia diberkas, Ahad lalu.

Selain mencuri pakaian dan seluar dalam, lelaki terbabit juga mencuri air mineral serta berus gigi dengan hanya meletakkan barangan dicuri dalam beg plastik kemudian berlagak seolah-olah baru selesai berbelanja dan keluar dari pasar raya berkenaan tanpa membuat pembayaran.

Bagaimanap­un, tindakan lelaki berusia 30 tahun berkenaan memakan diri sendiri apabila perbuatann­ya mencuri itu dikesan pengawal keselamata­n pasar raya berkenaan yang kemudian menahannya pada jam 5.30 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superinten­dan Stanley Jonathan Ringgit berkata, pengawal keselamata­n yang berusia lingkungan 30-an itu mengekori suspek dan berjaya menahannya ketika menuruni eskalator di pasar raya berkenaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n, lelaki terbabit didapati mencuri enam pakaian, tiga kotak seluar dalam, dua botol air mineral dan lima berus gigi bernilai RM622.60.

“Semua barangan yang dicuri itu hanya disimpan dalam satu beg plastik dan suspek mendakwa kononnya membeli barangan berkenaan.

“Bagaimanap­un, suspek gagal menunjukka­n sebarang resit pembelian terhadap barangan berkenaan sebelum dia ditahan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Katanya, sepasukan polis ke lokasi selepas menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Semua barangan yang dicuri itu hanya disimpan dalam satu beg plastik dan suspek mendakwa kononnya membeli barangan berkenaan”

Stanley Jonathan Ringgit

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia