Harian Metro

Gesa pihak berkuasa ambil tindakan

-

Kinabalu: Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM) Datuk Zulkarnain Mahdar, semalam membuat laporan polis berhubung status yang dimuat naik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Tiew Way Keng di Facebook. Laporan itu dibuat di Balai Polis karamunsin­g, di sini, jam 11 pagi semalam.

Pengerusin­ya Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, laporan itu bertujuan meminta pihak berkuasa menjalanka­n siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Tiew.

“Tindakan Tiew memuat naik status di laman sosial Facebook miliknya dengan memaparkan kenyataan berbaur fitnah jelas berniat jahat,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Zulkarnain mendakwa, tindakan Tiew memuat naik status bersama borang Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) yang mendakwa kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan

kerakyatan kepada warga asing untuk mendapatka­n undi sangat dikesali.

Katanya, walaupun JPN sudah membuat kenyataan menafikan borang berkenaan dikeluarka­n oleh agensi berkenaan, pihaknya percaya orang ramai supaya terpedaya dengan dakwaan itu.

“Status ini menjadi viral di laman sosial dan aplikasi lain. Walaupun status itu sudah dipadamkan sepenuhnya, ia memberikan persepsi negatif terutamany­a kepada agensi kerajaan dan BN. Kita harap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap ADUN Teratai ini.

“Beliau sepatutnya merujuk terlebih dahulu kepada pihak berkaitan sebelum membuat kenyataan itu untuk mengelakka­n orang ramai terkeliru,” katanya.

Menurutnya, tindakan ini bukan pertama kali dilakukan oleh pembangkan­g, lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Katanya, ini jelas terbukti dengan tuduhan pembangkan­g yang turut menggunaka­n isu warga asing sebelum ini termasuk kononnya BN menggunaka­n 40,000 rakyat Bangladesh untuk mengundi pada pilihan raya umum yang lalu.

 ??  ?? ZULKARNAIN (tengah) menunjukka­n laporan polis berhubung hasutan ADUN Teratai, di Facebook, di Balai Polis Karamunsin­g, Kota Kinabalu.
ZULKARNAIN (tengah) menunjukka­n laporan polis berhubung hasutan ADUN Teratai, di Facebook, di Balai Polis Karamunsin­g, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia