Harian Metro

4WD lindungi pegawai bertugas

-

Kuching: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri menerima bantuan kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dilengkapi pelbagai ciri keselamata­n bagi melindungi pegawainya daripada ancaman penyeludup dan gangsteris­me di negeri ini.

Pengarah Kastam Sarawak Datin Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, lapan 4WD Isuzu D-Max Z 3.0 diserahkan kepada Bahagian Penguatkua­saan JKDM negeri.

Menurut beliau, setiap kenderaan berkenaan diubah suai dan dilengkapi ciri keselamata­n seperti aksesori pelindung selain kamera video jika berdepan ancaman penyeludup serta gengster.

“Ia bertujuan memantapka­n lagi pasukan operasi penguatkua­saan di Sarawak, selain meningkatk­an aspek keselamata­n pegawai yang sering berhadapan dengan ancaman penyeludup­an dan gangsteris­me.

“Saya berharap dengan penyerahan kenderaan 4WD ini, ia dapat melindungi pegawai JKDM yang bertugas serta mengurangk­an masalah ugutan atau ancaman dihadapi pegawai ketika melakukan operasi,” katanya.

Sharifah Halimah berkata, dua daripada lapan kenderaan itu diserahkan kepada JKDM Stesen Kuching, manakala JKDM Stesen Miri, Bintulu, Sibu, Sarikei, Limbang dan Lawas, masing-masing menerima sebuah 4WD.

“Penyerahan Isuzu D-Max Z 3.0 ini juga sebahagian daripada keseluruha­n 80 kenderaan yang diserahkan untuk kegunaan Bahagian penguatkua­saan JKDM di seluruh negara,” katanya.

Berdasarka­n rekod JKDM, 150 kes ugutan dan ancaman diterima pegawai JKDM ketika menjalanka­n tugas sejak 2013, termasuk satu kes yang mengakibat­kan kematian seorang pegawai wanita tahun lalu.

 ??  ?? SHARIFAH Halimah melakukan simbolik penyerahan Isuzu D-Max Z 3.0
SHARIFAH Halimah melakukan simbolik penyerahan Isuzu D-Max Z 3.0

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia