Harian Metro

Lari sambut Krismas

- Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

 Acara kayuhan turut diadakan sempena Pelancaran Logo Krismas DBKK

Orang awam dijemput menyertai acara kayuhan dan larian Krismas sejauh 10 kilometer (km) sempena Pelancaran Logo Krismas Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di pekarangan bangunan DBKK, di sini, esok.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai berkata, ia sebahagian sambutan Krismas peringkat Kota Kinabalu yang diadakan di Padang Merdeka di sini, pada 11 sehingga 14 Disember ini.

“Pelancaran logo Krismas itu dijangka disempurna­kan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pada jam 7 malam. Ia simbolik kepada tirai pembukaan sambutan Krismas tahun ini bagi bandar raya ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena pelancaran Logo Krismas DBKK di bangunan DBKK, di sini, kelmarin.

Yeo berkata, beberapa jalan di sekitar pusat bandar raya ini akan ditutup secara berperingk­at bagi memastikan kelancaran acara kayuhan dan larian Krismas itu.

“Sebahagian jalan yang ditutup membabitka­n laluan di hadapan ibu pejabat DBKK menuju ke Jalan Tugu, Jalan Gaya, Jalan KK Bypass, Jalan Tun Fuad Stephens dan bulatan Masjid Bandaraya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pelbagai acara menarik menanti pengunjung sepanjang empat hari sambutan Krismas peringkat Kota Kinabalu berlangsun­g antara 11 sehingga 14 Disember ini.

Katanya, ia termasuk persembaha­n hiburan dan gerai jualan serta pameran.

“Selain itu, kami juga akan memasang hiasan bertemakan Krismas di beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini. Sehubungan itu, kita meminta orang ramai hadir bagi memeriahka­n cara yang berlangsun­g di Padang Merdeka itu nanti,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berterima kasih kepada Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman atas peruntukan sejumlah RM200,000 bagi perayaan Krismas tahun ini.

“Saya berharap perayaan Krismas kali ini akan lebih meriah dan mampu menarik lebih ramai masyarakat tempatan serta pelancong luar,” katanya.

 ??  ?? YEO (tengah) bergambar bersama ahli jawatankua­sa sambutan Hari Krismas peringkat Bandaraya Kota Kinabalu.
YEO (tengah) bergambar bersama ahli jawatankua­sa sambutan Hari Krismas peringkat Bandaraya Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia