Harian Metro

SEKITAR BANJIR

- Nazdy Harun, Siti Nor Hidayatida­yu Razali, Siti Nadzirah Che Mud, Mohamad Zulhairie Manzaidi dan Syaherah Mustafa am@hmetro.com.my

KENDURI KAHWIN DALAM AIR DUKUNG ISTERI

POTONG JARI KAKI

HAMPIR LEMAS KERETA HANYUT KELANTAN, TERENGGANU

MAKIN GAWAT

Kuala Berang

“Saya terpaksa mendukung isteri sejauh 50 meter sebelum dibawa dengan kereta ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana dia tidak boleh berjalan selepas empat jari kakinya dipotong sebelum ini,” kata Muhammad Sulaiman, 52, dari Kampung Pengkalan Ajal di sini.

Menurutnya, isterinya,

Halipah Mamat, 44, menghidap diabetes sebelum jari kaki kanannya itu dipotong 45 hari lalu, sekali gus menyebabka­nnya tidak boleh berjalan.

Katanya, dia nekad untuk membawa isterinya bersama empat anaknya berusia 10 hingga 21 tahun mendapatka­n perlindung­an di PPS di kampungnya itu selepas rumah mereka yang terletak kira-kira 300 meter dari anak Sungai Kua dinaiki air kira-kira 0.5 meter berikutan hujan sejak tiga hari lalu.

“Saya terpaksa mendukung isteri dan meredah banjir sejauh 50 meter sebelum ke PPS kira-kira jam 9.30 malam tadi (kelmarin) dan kami akan tinggal di PPS walaupun air surut dalam masa terdekat kerana bimbang gelombang banjir seterusnya menyukarka­n kami berpindah selepas ini.

“Hanya Tuhan yang tahu kesukaran saya membawa isteri dalam keadaan dia seperti itu tetapi kerana bimbang dengan keselamata­nnya berikutan tidak mampu bergerak dan mengharung­i banjir selepas menjalani pembedahan terpaksa digagahkan juga.

“Saya bersyukur walaupun menghadapi kesukaran untuk ke PPS dalam keadaan gelap sambil mendukung isteri tetapi semua ahli keluarga kami selamat ke tempat perlindung­an,” katanya ketika ditemui di PPS Pengkalan Ajal.

Sementara itu, Halipah berkata, keadaan kesihatann­ya yang tidak

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA banjir dari Kampung Dangar berpindah ke PPS SK Sri Rantau Panjang 2 selepas air dari Sungai Golok melimpah.
MANGSA banjir dari Kampung Dangar berpindah ke PPS SK Sri Rantau Panjang 2 selepas air dari Sungai Golok melimpah.
 ??  ?? GHAZALI (tengah) meluangkan masa melawat Halipah di PPS
Kampung Pengkalan Ajal.
GHAZALI (tengah) meluangkan masa melawat Halipah di PPS Kampung Pengkalan Ajal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia