Harian Metro

‘SAYA BUKAN MINTA SIMPATI’

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.om.my

 Elyana sekadar berkongsi mengenai penyakit kanser dihidapi sejak 7 tahun lalu kepada peminat

Penyanyi Elyana, 30, menafikan membuat pengumuman mengenai penyakit kanser limfoma yang dihidapi hampir tujuh tahun untuk meraih simpati.

Katanya, jika mahu meraih simpati perkara itu pasti dilakukan sebaik saja disahkan doktor dirinya menghidap kanser selepas kelahiran anaknya, Cinta Sumayyah.

“Kalau saya ingin menagih simpati, daripada awal dulu saya melakukann­ya. Ketika itu saya susah, tidak ada duit untuk membeli ubat dan susu anak.

“Tapi saya tidak pernah berkongsi semua masalah itu dengan sesiapa termasuk ibu bapa dan adik-beradik.

“Sudah menjadi prinsip hidup saya tidak suka menyusahka­n orang. Saya mahu orang melihat saya sebagaiman­a diri saya yang sihat, degil, ceria, tiada masalah dan suka berjenaka,” katanya.

Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal berkongsi mengenai penyakit dihidapi sebaik saja diumumkan tersingkir dari program realiti Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Ahad lalu.

Peminat turut mewujudkan tanda pagar khas buat penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu itu seperti #prayforely­ana (doa untuk Elyana) dan #fightlikee­lyana (cekal seperti Elyana).

Kata Elyana, dia terharu dengan doa dan ucapan dari masyarakat. Lebih membuatkan penyanyi yang popular dengan lagu Tak Tercapai Akal itu apabila ada yang menjadikan­ya sumber inspirasi.

“Saya bersyukur kerana perkongsia­n dengan niat mahu menjelaska­n situasi yang berlaku sebelum ini mendapat impak positif.

“Tidak sangka dalam situasi sekarang, saya masih boleh menjadi sumber inspirasi kepada banyak orang.

“Kalau benar itu situasinya, saya adalah manusia paling gembira kerana daripada dulu hidup saya memang suka menggembir­akan orang,” katanya.

Mengenai penerimaan keluarga sebaik membuat pengumuman terbuka itu, Elyana akui keluarga tidak pernah menghalang.

“Mereka kenal siapa saya. Tambah pula sejak kecil saya sudah dididik tidak berbohong,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia