Harian Metro

BURUAN TOKAN

- lapor Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

> “Sebaik bergelar artis, kami dijadikan sasaran oleh pengedar dadah. Mereka memberikan dadah secara percuma sebagai tarikan untuk mencuba bahan terlarang itu,” dedah vokalis kumpulan Olan, Mohd Radzuan Yasin, 55, atau Dwan yang berkongsi pengalaman­nya didekati seorang pengedar dadah pada 1993. Dia gagal dijerat tokan dadah terbabit, namun mengakui ada artis baru yang terjebak dadah akibat sikap tamak mereka,

“Sebaik bergelar artis, kami menjadi sasaran kumpulan pengedar dadah. “Mereka mula mencari kami dan memberikan dadah percuma sebagai tarikan mencuba bahan terlarang itu,” pengakuan vokalis kumpulan Olan, Mohd Radzuan Yasin, 55, atau Dwan yang berkongsi pengalaman­nya didekati seorang pengedar dadah pada 1993.

Dwan berkata, kejadian itu menimpanya ketika dia mahu mengadakan persembaha­n di Kuala Lumpur sebelum didekati seorang lelaki yang disangkaka­n peminat.

Menurutnya, lelaki itu bersalaman dengannya dan pada masa sama memasukkan bungkusan plastik ke dalam kocek bajunya yang kemudian disedari ia ganja.

“Lelaki itu minta saya melayan ‘kepala’ dulu namun sebaik tahu ia bahan larangan, saya menolak secara baik. Syukurlah tindakan awal menyelamat­kan kehidupan saya,” katanya yang kini menetap di Kuala Pilah.

Beliau berkata, memang taktik pengedar dadah memberikan dadah percuma kepada artis baru menceburi bidang seni bertujuan mengheret mereka ke kancah penagihan.

Katanya, pengambila­n dadah ini kononnya membolehka­n mereka bekerja sehingga lewat malam, mendapat tenaga dan mengawal emosi bagi mengejar populariti namun hakikatnya ia hanya menyebabka­n seseorang itu merana seumur hidup.

“Saya berpendapa­t apabila selebriti mula dikenali, perkara sebegini akan datang. Ia terpulang kepada pendirian masing-masing,” katanya yang pernah popular menerusi lagu Cinta Bandar

Tasik Selatan dan Mimpi Semalam.

Menurutnya, disebabkan dadah juga ramai dalam kalangan rakan seperjuang­annya terutama artis rock kapak meninggal dunia seorang demi seorang.

“Untuk bergelar penyanyi rock kita tidak semestinya perlu dadah. Cukup sekadar menampilka­n personalit­i dan juga imej sedia ada,” katanya.

“Lelaki itu minta saya melayan

‘kepala’ dulu namun sebaik tahu ia bahan larangan, saya

menolak secara baik

Olan  Taktik pengedar tarik artis baru terjebak dalam ketagihan

Katanya, sehingga kini masih ada rakan seperjuang­annya yang tidak meninggalk­an tabiat lama dan tercari-cari makna kehidupan.

“Saya pun pernah disumbat ke lokap apabila dituduh memecah masuk kediaman penduduk. Saya kecewa kerana saya tidak berbuat demikian, sebaliknya perkara itu dilakukan penagih dadah lain,” katanya.

Menurutnya, dia juga pernah menangkap seorang penagih yang meragut beg tangan wanita di Kuala Lumpur.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan kajian Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) terhadap selebriti di negara ini mendedahka­n kebanyakan artis tempatan menggunaka­n dadah kerana mahu menggandak­an pendapatan mereka.

Kebanyakan mereka mengambil dadah apabila sudah ada banyak wang tetapi mahu menambah lagi rezeki itu daripada puluhan, malah ratusan ribu sebulan menyebabka­n mereka sanggup menjadi hamba dadah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? CATATAN Olan untuk renungan rakan artis.
CATATAN Olan untuk renungan rakan artis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia